Wednesday 4 June 2014

ASOBIYAH? APA BENDA TU?


ASABIAH MENURUT AL-QURAN

Asabiyah merujuk kepada sikap fanatik kepada sesuatu puak atau bangsa secara melampau sehingga menjangkau batasan pemikiran yang waras dan batasan agama. Sikap fanatik kepada bangsa atau puak yang merupakan fitrah semulajadi manusia sebenarnya sudah wujud bersama kewujudan manusia di bumi ini. Sebelum kedatangan Islam, umat manusia berada di dalam keadaan berpecah-belah dan hanya terikat di antara mereka dengan semangat kesukuan, kepuakan atau asabiyah. Perkauman itu pula terbahagi kepada beberapa fahaman etnik, puak dan juga kabilah seperti Aus dan Khazraj di Madinah, Bani ‘Adnan dan Bani Qahtan di Semenanjung Tanah Arab, golongan Asyuriyyin di Iraq dan Lubnan dan bangsa Barbar di Maghribi.

Di contoh yang dibawa oleh al-Quran tentang sikap Asabiyah ini ialah;

Apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat (al-Baqarah[2:200])

Apabila Islam muncul, keadaan itu mulai berubah apabila semua umat manusia dari suku, etnik dan kabilah yang berbeza diseru supaya meninggalkan fahaman Asabiyah dan bersatu membentuk satu umat. Sebagaimana firman Allah;

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu iaitu agama yang mempunyai satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepada-Ku.”(al-Mu’minun[23:52])

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (al-Nisa’[4.135])

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan (al-Ma’idah[5:8]).

big smile from me ^___^

Monday 2 June 2014

WHAT SYAITAN SAY TO HUMANS?

1. Orang Islam yg mendengar azan
tetapi tidak segera menunaikan solat
adalah 'Bapaku' . kecuali wanita.
2. Orang Islam yg suka membazir pada perkara yg tak berfaedah adalah 'saudaraku' .
3. Orang yg ruku & sujud mendahului imam adalah 'anakku' .
4. Wanita yg marah2 ketika ada tetamu di rumah nya adalah
'ibuku' .
5. Wanita Islam yg tidak memakai
tudong adalah 'istriku' .

6. Orang Islam yg makan tanpa
membaca bismillah terlebih dahulu
adalah 'anakku' .
7. Orang yg tidak suka berkongsi msg ini dengan saudara islam yg lain adalah 'sahabatku' .
8. Orang islam yg suka berkongsi msg ini dengan saudara islam yg lain adalah 'MUSUHKU'. maka mari lah kita jadi 'musuh' syaitan dengan berkongsi ini dengan saudara islam yg lain..semuga kita sentiasa dlm lindungan Allah jua.. Aamiin
☑Kenapa kita tidur kalau Allah memanggil? Tapi sanggup tahan mengantuk saat menonton film selama 3 jam?
☑Kenapa kita bosan saat baca al- qur'an?
Melainkan kita lebih rela membaca
timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?
☑kenapa kita senang sekali mengabaikan pesan dari Allah? Tpi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh ?
☑Kenapa masjid semakin kecil ?
Tapi bar dan club? semakin besar?

☑Kenapa kita lebih sangat senang
menyembah ARTIS?
Tapi sangat susah untuk menemui ALLAH?
Fikirkan itu
☑Apakah anda akan memforward pesan ini?
☑Apakah anda akan abaikan pesan ini karena takut di tertawakan dengan yang lain ?
Allah Berkata:
"Jika kamu
menyangkal Aku di depan teman-teman mu, Aku akan
menyangkal kamu pada saat hari
penghakiman..."
Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa yang menyampaikan
1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg
mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh
pahala..

big smile from me ^___^

Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon