Thursday 18 December 2014

DAH NAMA PON BFF

Aslm... sjak baru2 ni ana ada buat dua tiga cerpen dan mungkin lebih yang ana nak kongsi dengan korang. kalau ada terkasar bahasa ana minta maaf banyak2.so... silalah menjamu mata yer!

DAH NAMA PON BFF
"aaaahhhhhh!" Pang!! "adeh.... hoi!! yang kau sepak aku apahal? dah tak ada bola kau nak sepak aku jugak yang kena!" Rungut Jenny atau nama islamiknya Jannah. sedap nama yang mak dia bagi. syurga lagi tu! tetap juga nak guna nama kafir. sambil dia menggosok pehanya yang disepak Aisy sempat lagi dia menjeling tidak puas hati kepada rakan serumahnya itu.
"yang kau terjerit-jerit ni kenapa? tak reti-reti nak study?!" kalau ada orang yang mengganggunya belajar pasti kena sembur teruk dengannya. mana taknya orang tengah study nak exam ada sahaja yang jadi orang gila dok menjerit kuat-kuat.
"lah... aku tengah layan cerita korea ni jerrr"
"habistu! layan cerita korea kena jerit la! macamtu?!" sembur Aisy lagi. nak kata Aisy ni jenis yang baran tak juga. lebih kepada jenis yang tegas.
"takdela... just..mamat korea ni hansem tahap gila babun ja..." dengan berhati-hati Jenny menuturkan kata. kalau tersilap cakap nanti ada jugak orang yang lencun kena sembur.
"yang hensem tu dia, yang gila babun tu kau!"
Jenny tersentak."hoi! tang mana yang aku ni gila babun? sampai hati kau kata aku macam ni..." Jenny merengek manja. ingat comel la tu.
"mana tak gila babunnya, asyik terjerit-jerit dari tadi"
tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar. Hani terkedu apabila ada empat mata yang memandangnya dengan muka marah. "err... aku ada buat silap ke? kenapa dari tadi aku dengar gila babun segala bagai. apahal korang ni?"
senyap.
"ehhh..tu...drama korea yang baru keluar tu kan!!" kata Hani dengan penuh excited. diorang berdua ni kira kpoppers la gitu.
Aisy memerhati dengan penuh jelak.'huh...lagha!!'dia terus menyambung study yang tertangguh akibat pergaduhan tadi. Aisy mencapai iPhone nya lalu menaip sesuatu lalu menekan send.
Jenny yang leka menonton drama koreanya bersama Hani terus mencapai telefon apabila ada terdengar bunyi menandakan mesej masuk.tiba-tiba air mukanya berubah menjadi pelik. dia mengherotkan bibirnya sambil membaca mesej itu.
'aku minta maaf. aku tak berniat nak kutuk kau gila babun tadi.'
Jenny membalas semula dengan perasaan yang pelik.
'hmmm tak de hal lah :)'
Aisy tersenyum lega membaca  mesej itu. dia tidak mahu untuk bergaduh kerana nabi pun tak suka.
"wahhhh.. hensemnya dia!"
"huh?siapa? siapa handsome?" tanya Jenny penuh minat
"tu."
"siapa?!"
"alah hero kedua tu.... apa nama dia? Kim Woo Bin..." Kata Hani penuh semangat.
"ehhh... mana ada!! hero yang first tu lagi handsomelah!" Jenny segera menyangkal kata-kata Hani. baginya hero pertaman itu perlu dipertahankan.
"mana ada! Kim Woo Bin lah!" Hani tak mahu kalah.
"Lee Min Ho!" tegas Jenny.
"Kim Woo Bin!!!"
namun di satu sudut..." hoi! korang memang tak boleh diam ke? kang ada yang kena sekeh dengan aku kot!" marah Aisy.
"bukan aku yang salah. ni, dia yang mula dulu!!" kata Jenny sambil menunding kearah Hani.
"What!!! Are you blamming me?!" Hani rasa tercabar.
maka bermulalah pertandingan merenung mata yang terjadi selama enam puluh saat. kemudian kedua-duanya memusingkan tubuh sambil memeluk tubuh dengan muka cemberut yang tak pernah comel itu.
"hmmm...aku tak pahamlah dengan perangai korang ni. aku nak korang berbaik. aku bagi masa tiga hari je!"
setelah perkataan terakhir dari  Aisy keluar, semua orang meluru masuk ke dalam bilik.
kini dah masuk tiga hari setengah mereka berdua tidak bercakap antara satu sama lain.
Jenny hanya memerhati sahaja Hani yang berjalan keluar dengan helmet pinknya.'dia nak pergi mana eh?'. Jenny rasa serba salah kerana sudah  masuk tiga hari.
Aisy datang dan duduk di sebelahnya."bila korang nak berbaik ni?"
"nantilah..."
"nanti tu bila? aku tak suka tengok korang macam ni" namun Jenny hanya menyengap.
"Jannah...korang tau tak nabi tak suka orang putus sahabat." kata Aisy penuh keibuan. namun Jenny tetap senyap.
"plus...pergaduhan korang ni sia-sia je.. bergaduh sebab mamat korea. mamat tu bukannya kenal pon dengan korang. buat penat je korang bergaduh"
tiba-tiba datang Maz dengan gossip bergeraknya.
"hah kau kenapa Maz tercungap-cungap ni.. meh la sini story kat kitorang"
"ada orang.... ada orang eksiden...skuter....skuter kaler pink.... aku dengar dia dah meninggal... aku...aku rasa tu Hani la"
terbeliak mata Jenny apabila terdengar."Astaghfirullahalazim... kau jangan buat cerita Maz!"
"betullah aku tak tipu! eh, aku balik dulu lah. dah nak magrhib dah. ok bye!" dengan sepantas lalat terbang Maz meninggalkan rumah itu.
tidak semena-mena Jenny menangis."huuu... aku nak minta maaf dengan dia tadi... tapi tak sempat..huuuu aku berdosa....apa aku nak buat ni...huu" teriak Jenny.
"weh kau lek ah... tak semestinya cerita Maz tu betul"
"huuuu....."
tiba-tiba pintu dibuka dari luar.... dan... "aaaahhhhh... hantu! bukan kau...dah mati ke?" tebak Jenny apabila terlihat wajah pucat Hani di depan pintu.
"kau pehal?!"
"eh Hani kau eksiden ke?" siasat Aisy.
"ha'ah"
"bukan kau eksiden teruk ke?" tanya Jenny lagi.
"takdelah... aku jatuh motor je... orang yang nyaris-nyaris nak langgar aku yang teruk..." 
"huhuuu... aku minta maaf...." kata Jenny sambil memeluk Hani.
"yelah-yelah"
Aisy tersenyum lalu menggeleng..'ada-ada je lah diorang ni'.

"tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan (memutuskan silaturrahim)dengan saudaranya melebihi tiga hari" (hadis riwayat bukhari dan muslim)
"insan yang paling dibenci Allah adalah mereka yang keras permusuhannya"(hadis riwayat bukhari dan muslim)


big smile from me ^___^

Thursday 27 November 2014

NEW HOBBY!!!

Aslm.... huhuhu lama x update
ok since lama x bukak internet.. ana dapat new hobby!!!! cuba teka2 hobby apa... 
skrang ana suka edit gambar... x sabar nak share ngan korang!!! 





yg ni gambar candid, ana la yg ambik.. diorang dok sebuk sembang pa ntah. 



yang ni ana ngan kwn ana masa darjah 3
yang nie amik dari Album Art All Of Me

cun x? biasa la... ana nie x sehebat org len... mostly yang ana pling suka ialah typografi ...oklah tu jerrrrr ... bye! wslm

big smile from me ^___^

Sunday 27 July 2014

HAPPY EID MUBARAK

Assalamualaikum..
Hai.. lama x update.. korang cmna raya....
Best tak... ana x tau la nak update apa. So ana post gmbar raya ana je la.





Ok la... bye... raya elok2 tau... semekom



big smile from me ^___^

Wednesday 4 June 2014

ASOBIYAH? APA BENDA TU?


ASABIAH MENURUT AL-QURAN

Asabiyah merujuk kepada sikap fanatik kepada sesuatu puak atau bangsa secara melampau sehingga menjangkau batasan pemikiran yang waras dan batasan agama. Sikap fanatik kepada bangsa atau puak yang merupakan fitrah semulajadi manusia sebenarnya sudah wujud bersama kewujudan manusia di bumi ini. Sebelum kedatangan Islam, umat manusia berada di dalam keadaan berpecah-belah dan hanya terikat di antara mereka dengan semangat kesukuan, kepuakan atau asabiyah. Perkauman itu pula terbahagi kepada beberapa fahaman etnik, puak dan juga kabilah seperti Aus dan Khazraj di Madinah, Bani ‘Adnan dan Bani Qahtan di Semenanjung Tanah Arab, golongan Asyuriyyin di Iraq dan Lubnan dan bangsa Barbar di Maghribi.

Di contoh yang dibawa oleh al-Quran tentang sikap Asabiyah ini ialah;

Apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat (al-Baqarah[2:200])

Apabila Islam muncul, keadaan itu mulai berubah apabila semua umat manusia dari suku, etnik dan kabilah yang berbeza diseru supaya meninggalkan fahaman Asabiyah dan bersatu membentuk satu umat. Sebagaimana firman Allah;

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu iaitu agama yang mempunyai satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepada-Ku.”(al-Mu’minun[23:52])

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (al-Nisa’[4.135])

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan (al-Ma’idah[5:8]).

big smile from me ^___^

Monday 2 June 2014

WHAT SYAITAN SAY TO HUMANS?

1. Orang Islam yg mendengar azan
tetapi tidak segera menunaikan solat
adalah 'Bapaku' . kecuali wanita.
2. Orang Islam yg suka membazir pada perkara yg tak berfaedah adalah 'saudaraku' .
3. Orang yg ruku & sujud mendahului imam adalah 'anakku' .
4. Wanita yg marah2 ketika ada tetamu di rumah nya adalah
'ibuku' .
5. Wanita Islam yg tidak memakai
tudong adalah 'istriku' .

6. Orang Islam yg makan tanpa
membaca bismillah terlebih dahulu
adalah 'anakku' .
7. Orang yg tidak suka berkongsi msg ini dengan saudara islam yg lain adalah 'sahabatku' .
8. Orang islam yg suka berkongsi msg ini dengan saudara islam yg lain adalah 'MUSUHKU'. maka mari lah kita jadi 'musuh' syaitan dengan berkongsi ini dengan saudara islam yg lain..semuga kita sentiasa dlm lindungan Allah jua.. Aamiin
☑Kenapa kita tidur kalau Allah memanggil? Tapi sanggup tahan mengantuk saat menonton film selama 3 jam?
☑Kenapa kita bosan saat baca al- qur'an?
Melainkan kita lebih rela membaca
timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?
☑kenapa kita senang sekali mengabaikan pesan dari Allah? Tpi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh ?
☑Kenapa masjid semakin kecil ?
Tapi bar dan club? semakin besar?

☑Kenapa kita lebih sangat senang
menyembah ARTIS?
Tapi sangat susah untuk menemui ALLAH?
Fikirkan itu
☑Apakah anda akan memforward pesan ini?
☑Apakah anda akan abaikan pesan ini karena takut di tertawakan dengan yang lain ?
Allah Berkata:
"Jika kamu
menyangkal Aku di depan teman-teman mu, Aku akan
menyangkal kamu pada saat hari
penghakiman..."
Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa yang menyampaikan
1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg
mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh
pahala..

big smile from me ^___^

Tuesday 25 March 2014

API DUNIA VS API NERAKA

Assalamualaikum.. ~ <3
hai.. lama kan ana x update.. tapi ana x tau la nak update tentang apa ... preksa haritu agak teruk jgak lah markah ana.. hur2.. kk.. nak dengar cerita tentang api  x? mcm nie.....

diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menceritakan tentang asalnya kejadian api di dunia ini. selepas nabi adam dihantar ke dunia, Allah telah memerintahkan malaikat jibril supaya mengambil api dari neraka unuk dihantar ke dunia bagi kegunaan nabi adam.

maka jibril pun bertemu dengan malaikat penjaga api neraka iaitu zabaniah.

jibril : wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam.

zabaniah : sebanyak mana sedikit itu?

jibril : sebesar kurma.

zabaniah : jika sebesar kurma, nescaya akan cairlah tujuh lapisan langit dan bumi.

jibril : kalau begitu berilah sebesar separuh dari buah kurma.

zabaniah : kalau sebesar separuh kurma engkau letakkan di dunia, nescaya tidak akan turun walau setitik pun air hujan dari langit dan tidak ada satupun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.

memandangkan keadaan yang rumit, malaikat menghadap Allah dan meminta saiz yang perlu untuk dihantar ke dunia.

Allah SWT pun memerintahkan jibril mengambil sebesar zarah sahaja dari api neraka.

setelah jibril mengambil api sebesar zarah dari zabaniah, oleh kerana kepanasan yang keterlaluan, api itu terpaksa disejukkan dgn mencelup sbanyak 70 kali ke dalam 70 sungai di syurga.

selepas itu jibril pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan api tersebut di atas sebuah bukit yang tinggi. sejurus selepas diletakkan api tersebut, tiba2 bukit itu terus mencair. cepat2 malaikat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. hanya sisa2 sja yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.

masyaallah... subhanallah.. bila terdengar kisah ni. meremang bulu roma... bertapa dhsyatnya api neraka... kalau korang tutup telinga korang kuat2 , korang akn dengar bunyi 1/10 bunyi menggelegak api di neraka...

oklah .. itu sahaja.. babai..wslm.. :)
big smile from me ^___^

Friday 31 January 2014

SAKIT TANDA SAYANG?

Assalamualiakum~
hurmm.... skarang nie memang tengah musim sakit. ana pon sakit tapi dah lega sket. alhamdulillah. orang kata sakit tanda Allah sayang ... nak tahu mcm mna? baca yang di bawah

bila kita sakit, Allah turunkan 4 malaikat untuk kita

malaikat 1
malaikat nie ditugaskan untuk mengambil selera makan kita.. sbb tu lah org sakit x lalu makan


malaikat 2
malaikat nie ditugaskan untuk mengambil kecantikan dan kekacakan kita... sbb tu lah muka kita pucat


 malaikat 3
malaikat nie ditugaskan untuk mengambil rezeki kita.. bila kita sakit kan kita x pergi kerja.. no job, no money maaa

malaikat 4
ditugaskan untuk mengambil dosa2 kita. dosa kita gugur ibarat daun yang berguguran dari pokok

apabila kita sihat, Allah menurunkan kepada kita tiga malaikat untuk memulangkan semula apa yang malaikat itu dah ambil...yaitu selera makan, rupa dan rezeki. kecuali dosa... haaa bershukur tak kita jadi umat islam nie? jadi bila sakit jangan asyik nak mengeluh ja... ingat kat Allah selalu.. banyak berdoa..

ok lah.. wslm.. babai.... kpd siapa yang sakit tu... get well soon!
 
 

big smile from me ^___^

Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon