Thursday 18 December 2014

DAH NAMA PON BFF

Aslm... sjak baru2 ni ana ada buat dua tiga cerpen dan mungkin lebih yang ana nak kongsi dengan korang. kalau ada terkasar bahasa ana minta maaf banyak2.so... silalah menjamu mata yer!

DAH NAMA PON BFF
"aaaahhhhhh!" Pang!! "adeh.... hoi!! yang kau sepak aku apahal? dah tak ada bola kau nak sepak aku jugak yang kena!" Rungut Jenny atau nama islamiknya Jannah. sedap nama yang mak dia bagi. syurga lagi tu! tetap juga nak guna nama kafir. sambil dia menggosok pehanya yang disepak Aisy sempat lagi dia menjeling tidak puas hati kepada rakan serumahnya itu.
"yang kau terjerit-jerit ni kenapa? tak reti-reti nak study?!" kalau ada orang yang mengganggunya belajar pasti kena sembur teruk dengannya. mana taknya orang tengah study nak exam ada sahaja yang jadi orang gila dok menjerit kuat-kuat.
"lah... aku tengah layan cerita korea ni jerrr"
"habistu! layan cerita korea kena jerit la! macamtu?!" sembur Aisy lagi. nak kata Aisy ni jenis yang baran tak juga. lebih kepada jenis yang tegas.
"takdela... just..mamat korea ni hansem tahap gila babun ja..." dengan berhati-hati Jenny menuturkan kata. kalau tersilap cakap nanti ada jugak orang yang lencun kena sembur.
"yang hensem tu dia, yang gila babun tu kau!"
Jenny tersentak."hoi! tang mana yang aku ni gila babun? sampai hati kau kata aku macam ni..." Jenny merengek manja. ingat comel la tu.
"mana tak gila babunnya, asyik terjerit-jerit dari tadi"
tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar. Hani terkedu apabila ada empat mata yang memandangnya dengan muka marah. "err... aku ada buat silap ke? kenapa dari tadi aku dengar gila babun segala bagai. apahal korang ni?"
senyap.
"ehhh..tu...drama korea yang baru keluar tu kan!!" kata Hani dengan penuh excited. diorang berdua ni kira kpoppers la gitu.
Aisy memerhati dengan penuh jelak.'huh...lagha!!'dia terus menyambung study yang tertangguh akibat pergaduhan tadi. Aisy mencapai iPhone nya lalu menaip sesuatu lalu menekan send.
Jenny yang leka menonton drama koreanya bersama Hani terus mencapai telefon apabila ada terdengar bunyi menandakan mesej masuk.tiba-tiba air mukanya berubah menjadi pelik. dia mengherotkan bibirnya sambil membaca mesej itu.
'aku minta maaf. aku tak berniat nak kutuk kau gila babun tadi.'
Jenny membalas semula dengan perasaan yang pelik.
'hmmm tak de hal lah :)'
Aisy tersenyum lega membaca  mesej itu. dia tidak mahu untuk bergaduh kerana nabi pun tak suka.
"wahhhh.. hensemnya dia!"
"huh?siapa? siapa handsome?" tanya Jenny penuh minat
"tu."
"siapa?!"
"alah hero kedua tu.... apa nama dia? Kim Woo Bin..." Kata Hani penuh semangat.
"ehhh... mana ada!! hero yang first tu lagi handsomelah!" Jenny segera menyangkal kata-kata Hani. baginya hero pertaman itu perlu dipertahankan.
"mana ada! Kim Woo Bin lah!" Hani tak mahu kalah.
"Lee Min Ho!" tegas Jenny.
"Kim Woo Bin!!!"
namun di satu sudut..." hoi! korang memang tak boleh diam ke? kang ada yang kena sekeh dengan aku kot!" marah Aisy.
"bukan aku yang salah. ni, dia yang mula dulu!!" kata Jenny sambil menunding kearah Hani.
"What!!! Are you blamming me?!" Hani rasa tercabar.
maka bermulalah pertandingan merenung mata yang terjadi selama enam puluh saat. kemudian kedua-duanya memusingkan tubuh sambil memeluk tubuh dengan muka cemberut yang tak pernah comel itu.
"hmmm...aku tak pahamlah dengan perangai korang ni. aku nak korang berbaik. aku bagi masa tiga hari je!"
setelah perkataan terakhir dari  Aisy keluar, semua orang meluru masuk ke dalam bilik.
kini dah masuk tiga hari setengah mereka berdua tidak bercakap antara satu sama lain.
Jenny hanya memerhati sahaja Hani yang berjalan keluar dengan helmet pinknya.'dia nak pergi mana eh?'. Jenny rasa serba salah kerana sudah  masuk tiga hari.
Aisy datang dan duduk di sebelahnya."bila korang nak berbaik ni?"
"nantilah..."
"nanti tu bila? aku tak suka tengok korang macam ni" namun Jenny hanya menyengap.
"Jannah...korang tau tak nabi tak suka orang putus sahabat." kata Aisy penuh keibuan. namun Jenny tetap senyap.
"plus...pergaduhan korang ni sia-sia je.. bergaduh sebab mamat korea. mamat tu bukannya kenal pon dengan korang. buat penat je korang bergaduh"
tiba-tiba datang Maz dengan gossip bergeraknya.
"hah kau kenapa Maz tercungap-cungap ni.. meh la sini story kat kitorang"
"ada orang.... ada orang eksiden...skuter....skuter kaler pink.... aku dengar dia dah meninggal... aku...aku rasa tu Hani la"
terbeliak mata Jenny apabila terdengar."Astaghfirullahalazim... kau jangan buat cerita Maz!"
"betullah aku tak tipu! eh, aku balik dulu lah. dah nak magrhib dah. ok bye!" dengan sepantas lalat terbang Maz meninggalkan rumah itu.
tidak semena-mena Jenny menangis."huuu... aku nak minta maaf dengan dia tadi... tapi tak sempat..huuuu aku berdosa....apa aku nak buat ni...huu" teriak Jenny.
"weh kau lek ah... tak semestinya cerita Maz tu betul"
"huuuu....."
tiba-tiba pintu dibuka dari luar.... dan... "aaaahhhhh... hantu! bukan kau...dah mati ke?" tebak Jenny apabila terlihat wajah pucat Hani di depan pintu.
"kau pehal?!"
"eh Hani kau eksiden ke?" siasat Aisy.
"ha'ah"
"bukan kau eksiden teruk ke?" tanya Jenny lagi.
"takdelah... aku jatuh motor je... orang yang nyaris-nyaris nak langgar aku yang teruk..." 
"huhuuu... aku minta maaf...." kata Jenny sambil memeluk Hani.
"yelah-yelah"
Aisy tersenyum lalu menggeleng..'ada-ada je lah diorang ni'.

"tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan (memutuskan silaturrahim)dengan saudaranya melebihi tiga hari" (hadis riwayat bukhari dan muslim)
"insan yang paling dibenci Allah adalah mereka yang keras permusuhannya"(hadis riwayat bukhari dan muslim)


big smile from me ^___^

No comments:

Post a Comment

Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon