Tuesday 31 December 2013

MELEWATI HARI-HARI TERAKHIR....

Assalamualaikum....
hu2... esok nak kena balik asrama dah... cmna nie...banyak keriasauan timbul di jiwa... tapi ada rasa sronok jugak.... hur2 "oh Allah help me"

kerisauan yang timbul di jiwa

  1. takut x leh survive kat asrama
  2. takut barang2 x lengkap
  3. takut kena marah ngan senior
  4. takut rindu kat rumah
  5. takut x leh siap keja rumah 
  6. takut tidok dok teringat kat mak.. (anak manja)


kegembiraan...

  1. dapat jumpa kenkawan.
  2. dapat jumpa alya syifa!!! (pembekal runningman yang comel)
  3. boleh jumpa Qurratu... (satu2 nya org yang banyak tengok runnningman dan movie)



hurm.... takut lagi banyak drp gembira!!!!! cmna nie.... ya Allah kau lambatkan lah masa untuk hari ini dan esok.. amin..


hurmm.. .... dengan ini ana mengucaokan selamat tahun baru. walaupon tahun baru ana pada awal muharam...
  ana melewati hari hari terakhir ana kat umah dngan menonoton episod2 lama RUNNINGMAN..
ok lah babai... moga azam korang tercapai... amin.. aslm
big smile from me ^___^

Monday 30 December 2013

YA ALLAH!! NASA MENYATAKAN MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT!

Assalamualikum...
tanda2 kiamat besar dah ada.. sila ambil iktibar

ya allah kau ampunkan lah dosa ku dosa umat2 mu ya allah.. kau kuat kanlah iman kami dari segala gangguan syaiton...  AMIN~




big smile from me ^___^

Tuesday 24 December 2013

10 PERKARA YANG SELALU DIBAZIRKAN.. ISH3

Assalamualaikum.... haa...chum!
ah... ana selsema la mlm2 nie... haa.. x pa ana nak kongsi perkara yg slalu kita bazirkan..nasihat ni untk ana dan untk korang jugak!


  1. ILMU: tidak diamalkan
  2. AMALAN: x buat dengan iklhas
  3. TUBUH BADAN : gerak anggota badan bukan untk IBADAH
  4. HATI: x isi hati dengan cinta kpd ALLAH & RASUL
  5. HARTA : x belanja ke jalan ALLAH
  6. CINTA : mengisi cinta selain cinta kpd ALLAH
  7. MASA :  buat aktiviti yg x berfaedah
  8. ZIKIR : zikir x kesan pada hati
  9. KEPINTARAN : x fikir tentang keajaiban makhluk ciptaan
  10. KESIHATN: x syukur nikmat sihat sebelum sakit
ha.... renung2 kan lah ye... babai..

big smile from me ^___^

Saturday 14 December 2013

MESIR SNOWING!? SUBHANALLAH

Assalamualaikum.. ana dengar mesir ada salji!!
 subhanllah... ana pon terkesima tengok gambar ni... mesir yg dulu kering kontang kini ada salji...mula2 ana tengok kwn ana post kat fb... dya kata..."mesir bersalji" ana kata dlm hati...apa yg dya mrepek ni...pastu ana terjumpa gambaq dari satu blog(gmbaq d atas) dan ternyata ianya benar!!!

SUBHANALLAH!!
big smile from me ^___^

Wednesday 11 December 2013

MAKE YOUR OWN QUOTE

Assalamualaikum....
hai.. hari nie ana nak tunjuk kat korang cmna nak buat kuot sniri... x pelu lah payah2 nak  cari yg mana kita suka penat2..

ok!!! the first step is
cari background yang menarik... kalau solid colour pon cntik
ex:

the second step is...
tulis perkataan yang korang suka... korang boleh buat kat 'paint' yg dh sdia ada kat komputer korang.
ex: 


the third step is
save kat komputer korang!! yay!! korang boleh publish kat internet!! SIAP!

ok!! senang je kan!! try la buat kay!!
kat bawah nie antara contoh2 kuot yang ana buat sniri



 ok!! tu saja for this section!! nnti klau ada apa2 mnarik.. ana akan kongsi lagi kat korang kay!!! babai!! wslm.. 


big smile from me ^___^

Tuesday 3 December 2013

QUOTE2 YG BEST NAK KONGSI KAT KORANG!

Assalamualaikum..~<3
lama x update kan!! tapi bila dah ada can nak update. x tau la pulak nak update apa.. hurm

Tapi!! ana ada nak kongsi ngan korang QUOTES!!
ana suka baca kuot2 nie...

kuot2 nie simple je.. tapi bagi ana kuot tu best!!







ok tu antara kuot2 yg ana suka.. tapi korang boleh cari banyak lagi kat gooogle...
korang jgak bleh buat sniri quote2 tu.. 


big smile from me ^___^

Tuesday 29 October 2013

HUSNUZON? APA ITU?

Husnuzon bermaksud bersangka baik kepada orang lain. Menganggap baik sesuatu perkara itu sangat dituntut dalam Islam kerana bersangka baik itu lebih baik, mulia dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan.
Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

Orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain. 


Fadhilat Bersangka Baik
Bersangka baik juga mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya. Antaranya adalah:

1.      Mengelakkan manusia dan ummah daripada berpecah-belah antara satu sama lain yang akan merugikan masyarakat dan Negara bak kata pepatah ‘Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati’.

2.      Dapat membersihkan hati dari titik-titik hitam dan mencegah perkara-perkara mungkar dari terus bersarang di hati kita,

3.      Selalu merasa bahagia atas kejayaan yang dicapai orang lain walaupun diri sendiri belum berjaya.

4.    Mewujudkan sikap ingin bersaing antara satu sama lain. Kerana umat Islam yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang telah berjaya akan mendatangkan keuntungan kepada semua umat Islam termasuk dirinya sendiri.

5.    Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik. Apabila hati bebas dari bersangka buruk terhadap, maka yang ada dalam hatinya adalah sangkaan yang baik-baik sahaja. Sudah pasti hatinya bertambah cinta pada saudaranya itu dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia. 

Berbaik Sangka Terhadap Perkara Dusta

Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran yang berlaku disekeliling dan persekitaran dengan kemampuan yang ada pada mereka. Andai kata kita melihat atau ternampak orang yang melakukan dosa dan kemaksiatan, tetapi masih bersikap husnuzon terhadap perlakuan mungkar itu, maka kita juga turut berkongsi saham dan tidak terlepas dari menanggung dosa kemaksiatan yang dilakukan oleh orang tersebut. 




big smile from me ^___^

Monday 14 October 2013

ADAB MENGUAP



Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”..

Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.

Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.

HADIS TENTANG MENGUAP :

الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ , وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .
"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah..' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )

FAEDAH DARI HADIS:

1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.

2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :
a. Berusaha menahannya sedaya upaya.
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :
"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya
kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka) .” (Hadis Riwayat Muslim)

c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru).

d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Menguap adalah dari Syaitan.
Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan,
anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAllah

big smile from me ^___^

HOW TO CHOOSE YOUR HIJAB

semua orang suka berfesyen termasuk perempuan yang berhijab...jadi anda perlu berhati hati semasa membeli tudung

1.TIDAK JARANG
kalau anda memakai tudung yang jarang nampaklah aurat. tudung yang jarang juga boleh menampakkan bayangan sanggul kita

2.TIDAK KETAT
ketat sampai nampak telinga pon dikira tidak menutup aurat.

3.TIDAK MELEKAT
1.TIDAK JARANG
kalau anda memakai tudung yang jarang nampaklah aurat. tudung yang jarang juga boleh menampakkan bayangan sanggul kita
2.TIDAK KETAT
ketat sampai nampak telinga pon dikira tidak menutup aurat.

3.TIDAK MELEKAT
2.TIDAK KETAT
ketat sampai nampak telinga pon dikira tidak menutup aurat.
3.TIDAK MELEKAT
3.TIDAK MELEKAT
hati-hati pilih kain tudung,jangan yang mudah melekat ke dada,nampak jua auratnya.
4.TIDAK SINGKAT
biar labuh tutup dada,tutup bahu,tutup belakang dan melibihi daripada siku(lebih baik)
5.TIDAK TABARRUJ
tidak berhias untuk menarik perhatian ajnabi. jangan berhias bagai orang jahiliyah kususnya bersanggul tinggi
6.TIDAK SYUHROH
jangan mahu bertudung pelik untuk lain dari yang lain,atau berniat mahu popular dan bangga baik dengan tudung mahal,warna yang striking atau zuhud dengan riak.
7.TIDAK TASYABBUH
janganlah bertudung seperti tudung agama lain, contohnya tudung rahib gereja.
"hai anak adam,sesungguhnya kami telah menerunkan padamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian yang indah untuk perhiasan. dan pakaian taqwa itulah paling baik. yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasan ALLAH , mudah mudahan mereka selalu ingat"
(surah Al-A'raaf 7:26) 


big smile from me ^___^

KISAH SEORANG LELAKI X PERNAH SELAWAT


Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak". Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana aku tidak mengenalimu." Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya." Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."
– Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)

big smile from me ^___^

KISAH HURUF 'K'

ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam... kenapa?" Ketam kata,
"Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!"

Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"
Ketam ketawa, "Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih.. Kuh..kuh..kuh..kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"

Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"
Ketam kata, "Kelakar."
"Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketok kepala ketam kuat kadar kilat.

"kelekuk ! kepala Ketam kebengongan kerana kena ketukan Kodok.
Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau ketok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepalanya kena ketok.

big smile from me ^___^

Thursday 8 August 2013

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum....
hai korang... banyak x dpt duit raya nie? kalau banyak bagi la kat ana sikit ye.
haa.. niie ana nak bagi nasihat kat korang nie.... baju raya jgn seksi2 kay, baju raya ana kaler merah..  korang?? ana thn nie x dpt banyak duit raya pon... nak p raya pon rasa malas.. rasa mcm nak duduk je dlm selimut tu... lepas nie ana  jarang2 dah onn fb/blog.... alang2 2 syawal nie mak ana on wifi ana pon on sekali le.. smbil2 makan kuih raya... hehe.. bila jumpa sdara2 semua kata ana tembam.. WHAT!? ana dah semakin gemuk.. waaaa!! x mau!! kalau ana nak jaga makan sangat nnti ana gastrik lak... aish... dulu diorang kata ana nie kecik, sekarang kata tembam pulak... huh...

ok lah.. babai... jgn nak raya lebih2 lak ye.... wslm
big smile from me ^___^

Saturday 3 August 2013

KELEBIHAN ORANG BERPUASA

assalamualaikum...

ana nak kosing tentang kelebihan org berpuasa pulak kali ini yer!!



sabda rasul: puasa merupakan perisai daripada neraka . benda yang boleh menembusi perisai itu ialah mengumpat dan berdusta

~sesunggunya org yang berpuasa yang bertekad berbuka, banyakanlah berdoa
~puasa itu tasbih , tidur seperti ibadah dan doanya mustajab, amalannya digandakan.
~org yg berpuasa bila makan,
big smile from me ^___^

Saturday 27 July 2013

KEMULIAAN RAMADHAN

Assalamualaikum ~<3

hai.. lama dah ana x update kan!! ok lah.. harini ana nak update tentang kemuliaan ramadhan..
banyak keistimewaannya.

~manusia nak berubah bile ramadhan
~penghulu segala bulan
~bulan turunnya Al-Quran
~bulan berlakunya perang badar
~bulan beramal ibadat
~ada malam lailatul qadar
~rahmat turun dari awal bulan smpai hari raya...

ok lah!! itu saja dari ana harinie... selamat menjalani ibadah puasa!!! babai!!
big smile from me ^___^

Saturday 6 July 2013

DIA BUAT HAL LAGI !!

Assalamualaikum... ~ <3


ha!! nie ana tengah geram gila nie.... geram pasal apa? ana geram dengan toilet dorm ana la... hish!! flush tu... kalau org tekan pelan dia x kluar air, bila orang tekan kuat kluar air x berhenti la pulak... masalah2... sabo je lah...  yang ana geram tu , kalau dia x ada efect x pa la jugak... nie smpai dorm ana x ada air... apa kes? dah la tu, dia x berhenti2 sejak dua hari yg lepas... cuba korang bayangkan... terseksa x?? hai... sabo je la... dah banyak kali dah jadi mcm nie... fed up!! kalau ikutkan hati ana... nak di sepak2 ja tangki paip tu biar pecah terus kan senang....!!!

huh!! ok lah... nie je ana nak crita.. babai!! wasalam!!
big smile from me ^___^

Friday 5 July 2013

RAMADHAN TIBA~

Assalamualaikum....

hai! ramdhan dah dekat, korang dah buat persiapan ? bukan persiapan raya, tapi persiapan puasa lah... haih korang nie...

 sbenarnya ana ada tips untk korang sebelum berpuasa...
1. banyakkan ambil sarapan
2. kurangkan ambil makanan tengahari dan malam



ok? hurmmm thn nie ana kena puasa kat asrama... agak2 mcm mna lah suasana nya kan? harap2 x penat... ramai senior kata x penat sbb kita puasa ngan kawan2 kita... hmmm harapnya mcm tu la..
 bulan puasa kali nie ana nak jadi org yg rajin baca Al-Quran, hmmm ana dengar skolah ana ada buat quranthon masa bulan puasa... wahh....  ana harap ana boleh puasa dengan sempurna tahun nie... dan ana nak pada malam lailaut qadar, ana banyak buat perkara2 baik..

 ok smpai sini je lah .... babai.... wasalam


big smile from me ^___^

Saturday 29 June 2013

DOODLE , DOODLE , DOODLE,

Assalamualaikum... <3
.
hai! ok!! hari nie ana nak crita tentang doodle art.. korang tau x doodle art tu apa? hmmm ana pon x tau la nak crita cmna... baru2 nie ana menceburi bidang doodle art... x dak la menceburi mcm mna pon.... ana just try lukis ja.. ramai kwn2 kata cantik!! omo!! doodle art nie x kisah la cntik ke tak... asalkan korang bangga dengan hasil karya korang... nak tengok doodle art ana?? tengok kat bawah

doodle art
unknown sedang melepaskan diri
doodle art

doodle art
relax mind


 ok nie sajalah ana nak crita babai... wslm


big smile from me ^___^

Saturday 15 June 2013

SUQ ARAB

Assalamualaikum...

hai!! ok!! harini ana nak crita tentang suq arab. hah? suq arab tu apa? suq tu mcm pasar la... ok sbenarnya smalam skolah ana telah mengadakan suq arab. sbenarnya suq arab kat skolah ana tu hari kantilah.. best gila.. setiap org kena beli kupon skurangnya rm10.  masa tu ana rasa spuluh ringgit tu mahal sangat la! .. last2 masa kat hari kantin tu ana beli kupon lagi lima ringgit sbb mkanan yg dimasak sdp2 blaka!! ana dan kwn2 ana ada tangkap gambar sama2.. nak tengok? tengok kat bawah...

kakak2 senior yg tengah memasak

suq arab
ana ngan kwn bergambar brsama
ntah apa2 ja kami
tengah enjoy makan 
haha!! tengah sebuk bagi forum
ok nie sajalah, cerita ana nak kongsi!! babai.... wslm
big smile from me ^___^

KRONOLOGI ZAMAN MANUSIA

Assalamualaikum.. <3
hai.. ok!! ana nak crita tentang kronologi zmn manusia kat korang nie.. tapi korang tengok la dulu video nie pastu ana akan terangkan dengan lebih lanjut..
                                                                               part 1
 
part 2
dah tengok?? ha! mcm mna? takut x? ok.. ana akan crita swaktu zaman nabi Muhammad S.A.W dari fasa 1 smpai fasa yg ke 7. wlaupun dlm video ini cuma ada 5 fasa je.. tapi ana telah belajr tentang fasa yg ke 6 dan 7

fasa 1
~tiada lagi penyelewengan agama islam
~islam berkembang maju

fasa 2
~fasa khalifah ar-rasyidin
~tiada lagi penyelewengan islam

fasa 3
~terdapat sistem raja2 mengigit iaitu jawatan khalifah diturunkan kpd anak2 mereka
~khalifah2 terdiri drpd golongan bani ummayah
~masih belum ada penyelewengan

fasa 4
~zaman gelap
~mula kejatuhan islam
~umat islam berpecah belah dan mementingkan diri sendiri
~raja menggunakan kuasa untk menutup kebenaran
~kembali ikut budaya yahudi
nabi pernah bersabda : "islam berumula dlm keadaan yg asing dan berakhir dlm keadaan yg asing dan beruntunglah mereka yg asing"
~berkembang fitnah
~berleluasa muzik yg melalaikan
~maksiat dan zina berleluasa
~arak dan judi dijual d merata2 tempat
~masjid dibina tapi x da org
~umat islam bagi slm kat org yg mreka kenal shj
~ulama banyak mati dan tiada pengganti
~ulama yang ada skarang sesat dan menyesatkan
~dajjal akan turun dan perintah bumi selama 40 hari
~turun nabi Isa

fasa 5 dan 6
~islam dah menang
~tiada org jht
~tiada org miskin
~aman damai

fasa 7
 ~zaman kegelapan yg pekat
~kembali zmn jahilliah
~fasa ini lagi dhsyat dari fasa 4
~ kiamat

maka tertutuplah zaman kronologi manusia
 ok smpai sini sja.. babai.. wslm
big smile from me ^___^

Saturday 8 June 2013

RUMAH KATA PERGI, ASRAMA KATA MARI

Assalamualaikum... <3

hai!! huuhuhu T^T !! cuti dah habis... petang nie nak kena balik asrama .....

kepada rakan2 ana yg tinggal di asrama, diorang paham la mcm mna perasaan kami, bagi ana tinggal di asrama mcm tinggal dlm penjara!! pagar sini sana... hurm... tapi asrama lagi better dari penjara.. so ana kena bersyukur


sia2 pulak ana rasa bila ana masuk asrama, lagipon rumah ana dekat ja dengan sekolah. lepastu mak ana kalau balik kerja pon mesti lalu kat skolah ana. ana pernah tanya mak ana, kenapa ana mesti masuk asrama.. then mak ana ckp "sebab mak x ada masa la nak mai ambik aisyah" what!? ana tau mak kena uruskan kedai jeruk tu ngan abah, tapi, mak tahu x, ana ada banyak masaalah bila tinggal d asrama, ana bukannya x nak crita kat mak, tapi ana takut. takut mak x ada masa untk ana.. ana rasa keseorangan mak. orang ckp kalau tinggal di asrama kita kena cari kwn yg betul, dan smpai skarang ana x jumpa lagi kwn yg betul.... ana rasa kehilangan... aisyah tahu mak pon pernah satu skolah yg sama  ngan aisyah.. tapi masatu mak x ada dlm situasi aisyah sekarang nie.. ana harap mak,abah ngan kakak phm perasaan ana sekarang nie... 

wslm.. babai.. aisyah harap mak baca blog aisyah... T.T


big smile from me ^___^

Friday 7 June 2013

UPSET

Assalamualaikum.. <3

hai!! ok!! harini ana nak crita kesedihan ana sepanjang minggu nie



1. cuti dah nak habis , and this is mean that i have to back to the hostel..... 
2. kawan2 ana buat reunion dan ana x tahu tentang tu dan ana jeles
3. kakak ana buat harta benda ana mcm barang dia sendiri. dia langsung x hargai pastu siap marah ana lagi!!
4. laptop nie kakak ana ubah pasword supaya ana x boleh bukak. tapi dia x tau yang ana tau pasword nya
5. kakak ana selalu merendeh2 kan ana.
6. ana x pergi bercuti mana2 pon... SO STREES
7. hal priksa kat skolah ana x crita lagi kat mak ana (i am so scared)
8. ana tengah lapar... 

hurm..  tu la yang berlaku ... kay babai... wasalam
big smile from me ^___^

Thursday 6 June 2013

4 ORANG ARTIS LUAR NEGARA YANG COMEL BERTUDUNG

Assalamualaikum... <3
hai. ok!! kali nie ana nak crita tentang artis luar negara yang bertudung... ana terjumpa dalam google image..  walaupun ada sesetengahnya di edit,ataupon serupa, tetapi ana nak tunjuk bahawa hijab is beautiful :)

artis yang pertama nie berasal dari korea...
  she is Song Ji Hyo Runningman

 comelkan dia :) kepada peminat running man pasti mengenali watak song ji hyo kan!! song ji hyo adalah seorang model dan juga pelakon. antara drama yang dilakonkannya ialah 'princess hour' . ana x tengok pon crita nie, tapi ana perasan muka dia dalam iklan crita tu.. so cute!! omo!

the next person is... Emma Watson
emma watson bertudung
Emma Watson atau lebih dekenali sebagai Hermoine Granger sebagai watak utama filem Harry Potter. ana minat gila filem tu. aktor remaja ini mempunyai paras rupa yang sangat cntik kan!!.ada org kata muka dia macam Kristen Stewart! hurm bolehlah... anyway , she is beautiful wearing hijab. dia ada seorang adik bernama alex watson. dia dan adik dia nie dua2 berkerja sebagai model

the third person is... Taylor Swift
Taylor Swift adalah seorang penyanyi muda yang memiliki paras rupa yang amat menwan. bagi ana , dia ni kacukan cina sebab mata dia sepet dan kulit dia putih. tapi ana x tau la pulak asal usul keluarga dia ni. ana ngan kawan ana fatin minat taylor swift. lagu dia semua best2

the last person is..... Yoona SNSD
sebenarnya yang ini pelanduk dua serupa yoona snsd ja. tapi, cuba bayangkan , this is the real yoona ... hohoho !! omo!! nama dia rabi'atul afifah. muka dia memang sebijik dengan yoona snsd. kalau korang x caya korang search le sendiri kat google kay!!

 ok lah!! sampai situ saja lah entry ana nie... kat sini ana nak ckp bahawa berhijab nie memang cantik. kepada sesiapa yang x berhijab tu... cuba korang try pakai tudung dulu... mmng cun la.. jadikan diorang sebagai contoh korang untk korang start berhijab kay !! :)

babai!! wasalm





big smile from me ^___^

SHE IS SOMEONE WHO I KNOW

Assalamualaikum... <3

apa khabar korang harini? ok!! disebabkan haritu ana teramat la sedih.. then someone call me to meet with her... and she is my friends. then my happiness come .. it great!! i can smile back.. ok dah2 cukup2 lah speaking... dia kawan ana.. ana kenal dia sejak kecik...
nama dia Nur Khairina Dayini... dia sangat kelakar..  she is so sweet...!! omo!! ana kenal dia sejak pra sekolah lagi... masa darjah satu dia terpaksa pindah ke kelas ana.. masa tu dia agak gangster!! kami dua org asyik bergaduh ja..  lepastu masa darjah 2 kami dah baik... then sampailah darjah 6 . walaupon kami dah tingkatan satu, kami tetap bersama dengan kawan2 yang lain.. dia belajar di MRSM Kepala Batas , dulu dia irshad jugak .. lepastu dia dapat tawaran.. semalam ana pergi rumah dia ... then kami bersembang... dia still lawak macam dulu...

 ok lah thats all .... babai... wasalam
big smile from me ^___^

Tuesday 4 June 2013

3 vloggers yang saya minat

assalamualaikum... <3 

hah!!! apa!! cuti dah nak habis!!! cilek2. korang yg p jalan2 tu bertuah la.. ana nie x pi mana pon huhhuhu

 ok!! kali ne ana nak crita tentang 3 vloggers yg ana minat...

first skali ialah ..... Mat Luthfi

 Mat Luthfi sapa x kenal kan...  ana dah tengok video dia... dan ianya sangat best dan memberi pengajaran. bagi ana, video2 dia lebih kepada komedi dan tegas... stiap video dia mesti ada dua tiga watak lain... Mat Luthfi ada  seorang abang ( x silap ana), dua org adik perempuan dan seorang adik lelaki..  saya pernah membaca blog dia... dan ianya sangat lawak!! nama blog Mat Luthfi ialah '.' , nama blog pon dah lawak... 

  ok!! the next person is Anwar Hadi..
Anwar Hadi nie bestfren Mat Luthfi... hmmm video dia ana x banyak tengok sangat.. ana ada tengok satu video dia.. video Anwar Hadi nie dia mcm lebih kepada tegas... Anwar Hadi ngan Mat  Luthfi pernah menang Shout Award.. hebatkan depa... nie blog Anwar Hadi yang bernama ' the theatre stage'

 the last person is..... Maria Elena
she is a sweet person... Maria Elena dah berkahwin dan sekarang dia mengandungkan anak pertamanya... congrats.. ana tengok video Maria... video dia sangat lawak... dia kalau buat muka lawak!! ana x tahan nak gelak la.. dia pernah berlakon cerita Cinta Vlog.. pernah jadi model untuk majalah dan mcm2 lagi lah .. ni blog Maria Elena...

ok.. itulah tiga vlogger yang hebat di malaysia.. bila ana tengok diorang buat video... ana pon ada terasa jugak nak jadi mcm diorang.. ok lah babai... wasalam


big smile from me ^___^

Saturday 1 June 2013

MY LITTLE SISTER

Assalamualaikum... <3

hai , korang apa khabar. hmmm cmna perasaan korang ? cuti dah nak habis. ok!! harinie ana nak crita pasal adik kecik ana...


 
     Nama dia Nur Qisya Rania... sedap x nama dya?? biasa lah .. ana yang bagi nama tu kat dia. kitorang satu famili just call her qisya. qisya nie, walaupun perempuan, tapi susah nak jaga , teramatlah sangat nakal. kadang2 ana dah fed up nak jaga dia. mak ngan ayah pi jaga kedai. kakak ikut sekali. so, i am the one who must look after her. tapi ana x kisah dia nakal ke apa. sebab ayah ana bagi upah. so, kalau ayah dah bagi upah kena la jalankan amanah.... x gitu?
    Qisya dilahirkan pada 21/8/2011 . beza banyak ngan umur ana... masa qisya umur 1 thn, besday dia masa hari raya ketiga. what!!! dia dapat duit raya paling banyak le haritu.. hmmm jeles2. duit raya dia sampai nak dekat RM400 tau!! lepastu siap ada lagi sedara mara yang kasi hadiah baju la, hamper baby la, hmmm apa boleh buat, org dah besar.
      Qisya nie suka buat rumah jadi semak, dan.... yang kena marah tu kakaknya le. kekadang bila ana, kakak ana atau mak ana dah kemas, dia akan bagi semak balik... hmmm biasalah budak kecik... dan lagi satu, dia suka conteng buku org. so, ini satu pengajaran.
don't let your homework left everywhere or your sister will doodled it.

ok.. itu sajakah crita tentang budak comel tu, babai.... wasalam..
big smile from me ^___^

Friday 31 May 2013

EVERYONE MAKE MISTAKES

Assalamualaikum. <3

 hai. apa khabar korang smua? lama dah ana x update new entry kan.. hmm besalah sibuk ngan h/w , al-matsurat dan sebagainya..




  kali ni ana nak bagi pendapat ana yang bertajuk semua org buat salah. ana pon banyak buat salah. nobody perfect, right? hmm mcm tu la tiap2 hari ana kena marah atas kesalahan ana. ok!! kesalah perlu dibetulkan. dan cara untk membetulkan tu mesti la dengan cara yang betul... betul x? kalau kita terus marah org tu atas kesalahan yang dia buat, mungkin akan bagi efect yang lebih teruk. so, try cakap elok2 jgn terus marah2. sebabnya , manusia kalau marah mcm2 perkataan keluar walaupun dia x maksudkan perkataan tu. jadi, yang kena marah tu dah terasa .... kalau kita marah2 dia , dia akan rasa takut.. cuba cakap dengan dia elok2 sbb kita biasanya belajar dari kesalahan. org yg selalu buat salah nie biasanya org yang baru belajar. so, kita kena pimpin dia. ajar dia pelan2, bagi nasihat, ok?? hmmm stakat nie je la ana nak ckp.. cuti pon dah nak habis :( 


kalau korang ada pendapat korang sendiri boleh la post dekat komen ye supaya ana boleh baca dan betulkan diri ana. babai.. wasalam
big smile from me ^___^

Friday 24 May 2013

trouble trouble trouble

assalamualaikum...

aduih ... masalah, masalah,masalah.... hmm bila nak cuti nie banyak pula masaalah yg datang . masaalah kecik ada , besar ada, yang dibesar-besarkan pon ada... hmmm ana tak tau nak buat apa dah skang nie... berserabut dah kepala ana nak pikiaq penyelesaian nya.... nie bukan nya masalah homework.. tapi masalah.... arghh....

huh.. sudahla.. drpd crita tentang masaalah baik crita pasal smbutan hari guru yg baru didadakan di smka al irshad.. smbutan ni gila grand... masuk2 dewan tu, terasa masuk untuk ambik award ... cuba korang bayangkan. siap ada red karpet, lampu ala2 romantik gitu, musik,bodygaurd... fuhh stylo gila... 

ana ngan kwn ana cpat2 amik tmpat duduk.. hmmm tapi kami dapat tmpat duduk blakang.. hmm whatever, who cares? right? pastu majlis pon bermula... yang cikgu masuk melalui red carpet bersama bodygaurd..perghh... keudan ada dua hotstuff nyanyi lagu untk cg.. diteruskan dengan nyanyian dari guru, sajak, dan sesi potong kek.. sesi potong kek nie best... sbb dia siap buat video lagi... lawak lak tu...kemudian diteruskan dengan video dari f2 smpai lah f4 sbb video kek tu f5 dah buat.. video yang paling lwk video f4..

ok lah tu ja kowt ana nak tulis wasalam  
big smile from me ^___^

Saturday 11 May 2013

me and frens #2

assalamualaikum...

hai, lama dah ana x update blog kan... hmmm alang2 ana tengah free nie ana nak update pasal kawan2 ana lah... haritu ana dah update tentang 3 org kwn ana kan!! kali nie ana nak crita pasal seseorang nie.

ada sorang kwn ana nie.. dya sangat baik hati, dya suka tolong org. rumah dya besar dan cntik .. hehe x da la besar sangat ... dia suka tolong ana waktu ana susah... bak lirik lagu najwa latiff tu...
 "kau ada di kala ku suka di kala ku duka"
kami selalu pergi ronda sama2 , buka fb kat umah dya, lepak sesama, study sesama... hmmm ana miss her so much.. sbb ana dah jarang2 jmpa dya.. lagipon dya x satu skolah menengah ngan ana skarang dan sekarang pon ana dah tinggal d asrama... rumah kami dekat ja.. pernah satu hari kami tengah ronda2 ada sorang budak laki nie ligan ana dengan basikal ... ana pon kayuh la basikal ana laju2 smpai satu selekoh nie ana terjatuh.. budak laki tadi terus lari dengan takut.. tengok2 lutut ana berdarah teruk.. kemudia dia tolong ana, dia bawa ana balik umah dya dulu pastu dya tolong letakkan ubat pastu dia hantar ana balik... keesokkan harinya ana x pergi sekolah sbb kena pi klinik, petang tu dia dtng umah ana pastu dia tolong rawat ana lagi skali... baik kan dia tu.. nama dia Fatin Nor Diana... fatin.... i miss you so much :')


ok... the next person is....... dia nie antara org yg memahami ana, dia pon irshadian jugak. dia ni kpopker
dia telah membawa pengaruh kpop masuk ke dlm diri ana... dan!! yang paling penting dia MINAT RUNNINGMAN JUGAK!! dengan dia la ana slalu kongsi ep runningman yg kami dah tengok.. kami selalu rehat bersama... haritu ana luahkan perasaan ana kat dia sbb ana terlalu sedih dgn seseorang. ana ingat dia nak pertahankan si seseorang tu sbb si seseorang tu satu kelas dgn dya.. rupanya dia mmpunyai pendapat yg sama dengan ana!! masa tu ana rasa mcm nak peluk ja dya tapi disebabkan kami kat kantin skolah so... err krik2.. bila kami jmpa mesti dya kata "aisyah nak cium sket" mula2 tu malu la sket nak kasi dya cium ana tapi dah lama2 nie ana dah biasa dah .... cium d pipi ye... jgn ckp bukan2... kadang2 org yg lalu tengok kami pelik bila kami buat mcm tu... dia pon seorang blogger jgak..  http://syarsama.blogspot.com/   .. kwn smua panggil dia kak pah sbb dah ada nickname nama che pah... oklah nama dia Syarifah Nur Maherah..

       kak pah n me masa kami g jln2 .. kakpah yg pakai tudung purple tu 

ok ini jelah ana tulis untk kali nie... lain kali ana tulis lagi ye.. kpd kwn ana yg ana x tulis pasal korang.. jgn sedih tau. nnti ana tulis pasal korang yg lain pulak ye .. babai  assalamualaikum.. :)


big smile from me ^___^

Friday 3 May 2013

UKHWAH 1#


PENGERTIAN UKHWAH

~persaudaraan
~hati dan jiwa terikat dengan ikatan akidah
~ukhwah = saudara iman
~perpecahan = saudara kufur
~perpaduan melalui kasih sayang
~darjat kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan jiwa terhadap saudara islam
~darjat yang paling tinggi ialah mengutamakan org lain dari diri sendiri
 10 KElLEBIHAN
  1. Allah redha
  2. mengembirakan para malaikat d langit
  3. pahala berterusan
  4. rezeki diberkati ALLAH
  5. di lanjutjkan usia 
  6. menambah rasa kasih sayang
  7. iblis & syaitan gelisah
  8. disegani & dihormati
  9. menggembirakan jenazah di alam barzakh
  10. mencetus kegembiraan  

big smile from me ^___^

KELEBIHAN BACA AL-MULK



-Rasulullah s.a.w tidak akan tidur selagi tidak membaca surah al-mulk
- surah ini dapat menjadi penyelamat di kubur
-penegah pembacanya dari seksa kubur
-berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat ALLAH)
-di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah nabi yusuf
-surah ini dinamakan gagah perkasa pintar lagi cerdik
-mendapat syafaat

FADHILAT DARI HADIS

<3 mendapat syafaat

daripada Abu Hurairah : daripada Rasulullah S.A.W bersabda: sesungguhnya di dalam al quran ada 30 ayat memberi syafaat sehingga memberi keampunan iaitu surah al-mulk 
<3 menyelamatkan dari seksa kubur

Rasulullah bersabda: sesiapa membaca surah al mulk pada mana-mana malam , nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti kpd soal jawab drpd mungkar & nakir
 <3 hati beriman

Rasulullah bersabda : aku sungguh gembira sekiranya org mukmin sentiasa membaca surah al mulk sehingga seolah2 surah itu tertulis dlm hatinya
 <3 mendapat keistimewaan

Sadina Ali berkata: sesiapa mengamalkan surah al mulk nescaya dibawa dia pada hari kiamat di atas setiap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi yusuf 



big smile from me ^___^

Saturday 27 April 2013

MISTERI SURAH ALFATIHAH

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air d
an minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA

big smile from me ^___^

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)
Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).

big smile from me ^___^

Sunday 14 April 2013

CARA BERJALAN

CARA MUSLIMAH BERJALAN YANG TERBAIK (3T)
  1. Tegas dan tidak berlenggang lenggok
  2. tangkas :merpecepatkan perjalan dalam langkah yang sederhana
  3. tenang : tidak tergopoh2 atau terburu2
Aisyah r.a meriwayatkan bahawa suati ketika seorang wanita dari susku muzainah dtng menghadap Rasulullah s.a.w di dlm masjid. ia memakai pakaian gaya terbaru & berjalan berlenggok2, Rasulullah bersabda kpd majlis " wahai manusia , hentikanlah kaum wanita mu drpd memakai pakaian gaya terbaru& berjalan lenggang lenggok kerana bani israil telah dilaknat krn kaum wanita mereka menghiasi diri dan datang ke masjid sambil berjalan lenggang lenggok..."


big smile from me ^___^

Saturday 13 April 2013

KETAWA YANG BERLEBIHAN

Ketawa Rasulullah tidak melewati batas senyum yang menarik. senyum Rasulullah S.A.W itu sendiri berperingkat-peringkat, peringkat yang paling tinggi ialah baginda tersenyum sehingga kelihatan gigi gerahamnya.

menurut Imam Hassan Al-Banna, ketawa yang hukumnya harus ialah ketawa yang sedikit dan beradab (ketawa adalah fitrah yang x boleh dihalang ), manakala ketawa yang haram ialah ketawa yang berlebihan krn ia merupakan perbuatan sia-sia dan melalaikan hati.

Rasulullah S.A.W bersabda : "banyak ketawa mematikan hati dan menghilangkan kehebatan org mukmin "

Rasulullah S.A.W telah melihat suatu kaum yang ketawa berlebih lebihan , lantas baginda bersabda : " kalaulah kamu tahu apa yg aku ketahui nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa"

TAHUKAH ANDA??

Plato dan anistotle bependapat bahawa ketawa boleh mendatangkan kesan yg buruk serta merbahaya... oleh itu plato berharap agar pementasan2 hiburan yg tidak bermutu hanya disaksikan oleh golongan hamba abdi dan org upahan asing manakala golongan berkedudukan mulia dan para belia dilarang daripada menonton hiburan2 yang boleh membangkitkan ketawa demi mencegah penularan sifat2 buruk dlm diri mereka..
big smile from me ^___^

ME N FREIND (#1)

Assalamualaikum.... <3
hai.. malam nie ana nak crita pasal kawan2 ana... ada sorang kwn nie.. dia banyak sangat meninggalkan memori pahit n manis dgn ana. ana knal dia masa umur 5 thn...masa tu ana tringin sangat nak pergi mengaji ikut kakak n abang...last2 mak ana bagi....ana sronok sangat haritu....kat rumah kwn ana tu ana jumpa ramai kawan ..pastu ana org last yg mngaji kat ustazah....tengok2 ana mngaji sebelah dia...page by page ana baca tengok2 page ana sama ngan page yg dia baca... masa tu dia ckp kat mak dya(ustazah) yang dia dah x mau baca dah n then ustazah ti ckp.. "cepat baca... tu tengok tu..aisyah dah nak habis dah cepat! " pastu dia pun baca.... sejak haritu kami slalu lawan sapa paling awal khatam iqra...sweet sangat pertemuan kami smpai klau nak baca iqra pon mesti nak kena duduk sbelah dia...kami sampai gelak2....mesti anta n anti nak tau sangat kan nama dia.... :)  nama dia Nur Afifah Najwa... ana n kenkawan lain panggl dia che pah... kami masih berkawan sampai skarang....dia pon skolah irsyad jgak... Che Pah!!!~ jangan marah norh aq buat crita pasai hang pastu buh gambaq hang ... hehe
the next person is...... Siti Nur Syaheerah..... nickname dya banyak.... tapi ana ngan che pah panggil dya sherah ja...ana kenai sherah masa darjah dua... masa tu terus terangla...ana x suka ngan prangai dya... tapi skarang dah ok,ana jadi bestfreind dya masa darjah 4... sherah mntx nak jadi bff sbb che pah pow bff dya masa tu.. so ana trima sajalah..... walaupun ana tahu ana x suka kat dya dulu2 tapi ana tau yang ana ngan che pah boleh ubah dya.... akhirnya kami berjaya...sherah pon irshad jgak... dya pon tinggal di asrama jugak..tapi kami dua org x tinggal dlm satu dorm.....pernah la beberapa hari slepas ana masuk asrama~ ana dah buat dia kecik hati.. ana sedih sangat sbb dia mrajuk ngan ana sangat lama...akhirnya dia memaafkan ana...sejak tu ana berazam untk berubah....
yang ketiga nie lain sket critanya... ana kenal dya masa darjah satu....masa tu ana slalu kena buli dengan budak lelaki... tapi dia la yg protect ana sbb dya tu ketua darjah... dia perempuan pon boleh jadi ketua darjah kan,...this is call women power...hehhee dia ni panas baran sket.. ana n kwn2 ana slalu nasihatkan dya...dya bdax paling pandai kat skolah dari darja satu smpai darjah 6... hebat kan dya... skarang nie dya kat sbp... klau x dya irshad jugak... tapi dya p sbp apa ntah ana x ingat...masa darjah 6 dialah ketua pengawas... ana anggap dya bestfrens ana..tapi ana x tau dia anggap ana ni bestfren dia ke tak... pernah suatu hari ana crita pasai sweet memory kami masa darjah satu... dia kata dia x ingat pon pasai tu pastu dia ckp " aisyah! hang ingat lagi crita tu? waaa hang nie hebat la... hang la best fren aq yg tau kisah lampau aq ! "
masa tu ana tersenyum dan hati ana rasa berbunga2.... OWH!! lupa nak habaq nama dya... nama dia Nurul Najwa.. ana n kenkawan panggil dia cik wa... 

yang nie masa darjah 6


kpd kwn2 len yg mmbaca... nnti ana post hampa punya ye...jgn mrajok pulak nnti...ana dah x larat nak tulis dah nie
big smile from me ^___^

Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon