Saturday 13 April 2013

KETAWA YANG BERLEBIHAN

Ketawa Rasulullah tidak melewati batas senyum yang menarik. senyum Rasulullah S.A.W itu sendiri berperingkat-peringkat, peringkat yang paling tinggi ialah baginda tersenyum sehingga kelihatan gigi gerahamnya.

menurut Imam Hassan Al-Banna, ketawa yang hukumnya harus ialah ketawa yang sedikit dan beradab (ketawa adalah fitrah yang x boleh dihalang ), manakala ketawa yang haram ialah ketawa yang berlebihan krn ia merupakan perbuatan sia-sia dan melalaikan hati.

Rasulullah S.A.W bersabda : "banyak ketawa mematikan hati dan menghilangkan kehebatan org mukmin "

Rasulullah S.A.W telah melihat suatu kaum yang ketawa berlebih lebihan , lantas baginda bersabda : " kalaulah kamu tahu apa yg aku ketahui nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa"

TAHUKAH ANDA??

Plato dan anistotle bependapat bahawa ketawa boleh mendatangkan kesan yg buruk serta merbahaya... oleh itu plato berharap agar pementasan2 hiburan yg tidak bermutu hanya disaksikan oleh golongan hamba abdi dan org upahan asing manakala golongan berkedudukan mulia dan para belia dilarang daripada menonton hiburan2 yang boleh membangkitkan ketawa demi mencegah penularan sifat2 buruk dlm diri mereka..
big smile from me ^___^

No comments:

Post a Comment

Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon