KISAH NABI AYUB
Nabi
Ayub adalah anak kepada Is. Is pula merupakan anak kepada Nabi Ishak.
Baginda memiliki banyak haiwan ternakan dan ladang tanaman yang luas.
Kehidupan Nabi Ayub sangat bahagia dan baginda dikurniakan anak-anak
yang sangat dikasihinya.
Pada suatu hari Allah telah menguji
baginda. Harta bendanya habis musnah dan semua anaknya mati. Kemudian
seluruh badan baginda pula ditimpa penyakit. Hanya lidah dan hatinya
sahaja yang masih baik. Baginda sentiasa mengingati Allah s.w.t dengan
lidah dan hatinya.
Akhirnya
Nabi Ayub tinggal keseorangan di satu daerah dinegerinya. Tidak ada
seorang pun yang bersimpati dengan keadaannya. Nabi Ayub mempunyai
seorang isteri yang setia mengurus keperluannya dalam keadaan sakit itu.
Tetapi lama-kelamaan kemiskinan hidup telah menyebabkan isterinya mula
berasa tertekan. Akhirnya isteri Nabi Ayub juga meninggalkan sendirian
dalam keadaan derita dan sakit.
Nabi Ayub tetap bersabar dan
berserah kepada Allah s.w.t. Lidahnya terus berzikir dan hatinya
sentiasa bersyukur dengan segala nikmat pemberianNya. Nabi Ayub tidak
sekali-kali mengeluh dan tidak merungut walaupun baginda sakit
bertahun-tahun lamanya.
Allah s.w.t telah menetapkan tempoh
percubaan dan ujian terhadap Nabi Ayub. Allah s.w.t menghendaki supaya
Nabi Ayub reda dengan ketentuanNya dan mencapai darjat yang tinggi
disisiNya.
Akhirnya Allah s.w.t memulihkan kesihatan Nabi Ayub
dan mengembalikan segala harta bendanya yang telah musnah. Allah s.w.t
juga memberkati doa dan usahanya. Allah s.w.t memberikan hasil yang
berlipat ganda sebagai balasan terhadap segala kesabaran Nabi Ayub.
big smile from me ^___^
No comments:
Post a Comment