Tuesday 29 November 2016

My Pixie (part 1)

Orang ramai berjalan di dataran kampus untuk meneruskan aktiviti masing-masing. Namun, disebalik kesesakan itu seorang gadis kecil mendesup laju di celahan orang ramai sambil dikejar oleh seorang lelaki yang dipenuhi dengan debu putih di badan. Gadis itu segera menyarung hoodie dan menaiki basikalnya. Sepantas kilat gadis itu hilang dari pandangan mata Farez  Izzkandar. Izz mendengus  geram sambil menyapu debu putih itu dari badan;tepung.
“kau dah kenapa bro?!” sapa Amir.
”Ntah! minah mana aku pun tak tahu.”dengus izz kasar.
“apsal?”
“she put a prank on me!” izz memberitahu.
“ohh… si pixie tu ke?” tanya amir mendapatkan kepastian.
“pixie?” satu kerutan di dahi muncul.

   Widad memarkir basikalnya di tepi sebuah warung yang sederhana besar dan duduk di tempat biasanya. “Widad Hafizi! Kenapa lambat?” sapa Zack. “pixie!” sapa Trisy pula. Widad yang kepenatan menarik air limau ais Trisy dan menghirupnya laju.
“kenapa kau lambat?”
“aku kena kejar” kata widad dalam sambil termengah-mengah.
“kena kejar? Kita kan dah lama buat benda ni,takkan kantoi kot.” Soal zack. Sejak dari first year lagi mereka dikenali dengan kenakalan dan sering menimbulkan masaalah. Tapi masih tidak melanggar mana-mana peraturan.  “aku tersilap prank orang doh!” kata widad.
“serius?!” serentak zack dan trisy. Ok. Ini pelik. Widad pro kot!
“itulah, aku dah cakap harini tak payah prank orang kau degil. Kan dah kantoi.” Marah trisy. “siapa yang kejar kau tu?” sambung trisy.
“aku tak tahu…tapi rasanya budak kelas Emma jugak..” kita widad cuba mengingati. Mukanya ditekup dan satu keluhan berat dilepaskan.
“cerr citer sket!”arah zack.

   Kedengaran riuh dewan kuliah itu apabila pelajar berpusu-pusu keluar dari dewan kuliah. Widad sudah lama bersedia dengan satu baldi yang hampir dipenuhi dengan tepung di tepi pintu dewan kuliah itu. “emma!” dengan sekelip mata kesenyuian memenuhi atmosphera dewan itu. Debu putih yang berterbangan membuatkan dua makhluk yang bertentang mata itu tergamam. Izz masih terpinga dengan keadaan yang menimpa dirinya.
“apakah?” izz menghampiri widad dengan muka yang mahuh meletus. Apa lagi? LARI!!!

   “so the story goes like that….” Kata widad sambil menggelengkan kepalanya. Dari kejauhan kelibat amsyar muncul. Dia kemudian menyertai mereka.
“dude! Sorry!! Aku tak sempat nak tahan emma tengok-tengok izz keluar dulu.”amsyar tersengih seperti kerang busuk.
“banyak la kau punya sorry!”kepala amsyar diluku widad. Kepalanya digosok perlahan dan menyambung “by the way, kau dah prank orang paling misteri kat kampus ni pixie!” semua di situ menganggukan kepala mereka.
“siapa? That izz ke?” widad membuat muka seposen. Blur la minah ni.
“takpe. Nanti mesti dia cari kau sampai ke lubang cacing.” Sengih zack.

   Widad berjalan lahu keluar dari dewan cempaka menuju ke basikalnya. Tidak semena-mena hoodienya ditarik oleh seseorang ke satu penjuru.”kau yang simbah tepung kat aku semalam kan?!” kata izz perlahan agar tidak menarik perhatian orang ramai.
“lepaslah!” widad cuba melepaskan diri kerana hoodienya di Tarik ke atas. Sesak nafas aku.
“mengaku cepat!”
“ye aku! Lepaslah!” cubaan meloloskan diri nampaknya gagal disebabkan izz yang ‘terlebih‘ tinggi dari widad.
Izz tersenyum sinis “dah besar sangat ke nak prank senior?!”
Izz dijeling tajam “hok aloh. Tua setahun je kot!”
“ohh…aku report kau kat atasan kau nak?!” tanyak izz sinis. Gaya-gaya psycho dalam tv tu.
Terbuntang mata widad. “What! No! weh sorry la aku tak sengaja. Kau bukan aim aku pun..” rayu widad sambil merapatkan kedua tapak tangannya.
“ohh…tak sengaja…alolo siannye dia…” satu sinar menyinari widad. “ada aku kesah?” izz ketawa sinis.
“ish..kereklah kau nie. Kau nak suruh aku buat apa nak tebus balik kesalahan aku?” sabar widad sabar.
“hahaha… mengikut mitos pixie, dia kena tunai tiga permintaan orang yang telah Berjaya menangkap pixie buat prank nie..so…the same goes to you ‘PIXIE’” izz sengaja menekan pada perkataan pixie sempena nama samaran widad.
“hmm..aku ciao dulu. Esok aku mesej kau.” Izz terus berlalu pergi.
‘dia ada ke nombor aku?macam mana dia nak mesej aku?’ kelibat izz terus hilang dari pandangan mata widad.

  Widad duduk di kafe kampus sambil mengeluh. Aor yang tinggal suku si dalam gelas dikacau. Izz menarik kerusi di hadapan widad.
“yo pixie!” izz ceria. Amboi..dah tukar agama ke? Gumam widad dalam hati.
“wa’alaikumussalamwarahmatullahiwabaraktuh.”ambik kau! “ingat kan taknak datang tadi.”gumam widad perlahan.
“hmm apadia?” tanya izz. Macam ada dengar bunyi tadi.
“nothing!!” pekak ke apa dia ni? “uiii… marah Nampak?” tanpa serba salah izz menjawab.”aku musykillah dengan kau.” Sambung izz.
Pulak dah…apa masalah dia ni? “kenapa?”
“kau boleh ja nak lari dari aku. Tapi kau still kat sini. Kenapa eh?” izz melemparkan senyum ke arah widad. Macam nak perli pon ada.
“note two things from me ye Farez izzkandar,first waiting for people is not my cup of tea. Second, once a promise ‘ve been made, I will never break it.” Nah.kau nak sangat kan jawapan.
terangkat izz mendengar jawapan widad. “contohnya?” izz sengaja menguji widad.
“erm..contohnya…kalau dah janji nak jumpa pukul berapa tu… I try to be punctual so nobody wait for me.” Widad buat-buat jawab soalan. Nah dua contoh sekali dia bagi kau izz.
“oh. Sorry aku lambat tadi.” Izz gerun. Dangerous girl! Patut la muka macam nak mengamuk je tadi.
“kau nak suruh aku buat apa ni?” tanya widad back to the point.
“aku nak…aku nak…” izz dah macam cacing kepanasan sambil tersenyum malu. Gedik!
“kau nak apa?!” sergah widad sambil menampar meja makan.
“aku nak emma!” satu ayat terpacul keluar dari mulut izz terkejut punya pasal. Nasib baik la kafe ni lenggang je harini.
“tak habis-habis emma. Apa la yang budak laki suka sangat dengan emma tu?”
“ye lah..dia cantik..tak macam kau..” widad menjeling izz tajam. Aku luku jugak kot mamat nih. “kalau kau cantik macam dia mesti orang ligan kau jugak.” Sambung izz.
“yelah…I am not attention seeker. Plus mak aku hantar aku datang sini nak study.” Terangkat izz mendengar kata-kata widad. “your wish will be granted soon!” kata widad dengan senyuman seperti joker.
“yay!! Tapi aku tak buat masaalah macam kau.” Izz cuba menyentapkan widad.
“sekurangnya aku tak terganggu semasa belajar.” Kata widad sambil bangun meninggalkan izz. Dia langsung tak sentap!!

  Emma berjalan ke arah kereta Porsche sambil mencari kunci kereta di dalam beg tangan channel edisi terbarunya. Ray ban yang terletak di hidung mancungnya diperbetulkan sekali sekala. Widad memberi signal kepada izz. Satu susk tubuh yang berhoodie hitam dan bertopeng ultraman mendesup laju dan sepantas kilat meragut beg emma. Terjelopok gadis itu di atas tanah. “tolong! Tolong!”
“emma!” izz membantu emma berdiri.
“beg I kena ragut!” emma mnundingkan jarinya kearah peragut yang sedang lari agak perlahan. Macam berjogging pun ada. Izz segera meemcut ke arah perompak itu dan dengan sakali hayun penumbuk sahaja susuk itu terus jatuh ke tanah. Izz tersenyum! Yes!
“nah…beg awak.” Izz menghulurkan beg emma.
“thanks a lot!” kata emma dan terus berlalu pergi.

  “kau pehal doh?!” serentak trisy dan zack menyoal. Widad meletakkan topeng ultraman di atas meja dan menarik kerusi untuk duduk di tempat biasanya. Bibir yang pecah dipegang.
“cari pasal dengan sapa pulak kali ni? Siapa yang hambat kau weh?” ujar zack risau sambil menghulurkan tisu. Perbualan mereka terhenti apabila izz menarik kerusi dan menyertai perbualan mereka. Zack dan trisy masing-masing menukar pandangan pelik. Budak hot slash misteri duduk dengan kita weh!
“yay!! Dia cakap dengan aku pixie!thanks weh!” izz gembira macam budak lima tahun dapat gula-gula.
“kau je yang gembira?aku ni? Sakit kot!” marah widad
“kau tumbuk widad?!” mata zack terjegil ke arah izz. “kau nak rasa penumbuk aku pulak ke? Tak malu ke tumbuk perempuan!”zack dah mula menggertak.
Mati kau izz “aloo… sorrylah pixie,aku tak sengaja tadi. Terkuat pulak.” Rayu izz. Haa…tau pun takut.
“korang buat apa weh?” trisy dah mula rasa ingin tahu.
“ntah mamat nih. Aku tolong dia, dia bukan nak balas balik!” marah widad lagi. Topeng ultraman terus disimpan di dalam beg dan widad terus berlalu pergi.
“mati kau izz! Widad dah marah!” trisy menakut-nakutkan izz. Serius! Tiada siapa antara mereka yang mampu bangkitkan kemarahan widad.

  Kayuhan yang baru hendak dimulakan terhalang apabila izz duduk di tempat duduk belakang basikalnya. “ish…turunlah! Pancit tayar aku nanti siapa nak ganti?!” tudia…dia dah marah. Kalua ringan tak kalut. Masaalahnya berat macam gajah. “oi! Cepatlah!” gesa widadd sambil menggoyang-goyangkan basikalnya. Izz tertawa kecil.
“sorry lah… aku tak sangka terkena muka kau tadi… aku tak niat nak sakitkan kau.” Izz buat muka seposen.harapnya marah widad reda. Izz memasukkan sesautu ke dalam poket hoodie widad dan bangun dari basikalnya. Bayangan izz dibiarkan berlalu. Widad tergamam seketika. Barang yang dimasukkan tadi dikeluarkan. Sekeping plaster yang ada corak kartun dan sebungkus coklat nips. Nips? ‘heh..pujuk aku macam budak-budak’ kata widad dan lantas melekatkan plaster di tempat yang terluka. Senyuman kecil terukir di bibir widad.
   “next mission?” widad menjongketkan keningnya. Yay! Lagi dua wish and then I am free!!
“yes”jawab izz tenang.
“yey!! Second wish!!”tepuk widad gembira.
“Nope. It’s still the first wish.”
“What the?!” mana boleh macam ni!
“My first wish was to get emma. But I still did not get her. Got it?” izz seperti faham dengan reaksi widad.
“ahh…” angguk widad perlahan.

  Pelajar-pelajar dari dalam dewan Kenanga keluar untuk mengisi perut masing-masing. Emma berjalan keluar dengan membawa kertas kerja prof. hanif yang bertimbun. Dengan tak semena-mena kertas-kertas itu bertaburan di atas lantai. Emma pula sudah terduduk di atas lantai.
“how rude of you!” marah emma kepada orang yang telah melanggarnya dengan kuat. Susuk itu terus hilang dalam kesesakan pelajar yang ramai.
“ emma awak okey?” kata izz sambil melutut dan membantu emma mengutip kertas-kertas itu.
“Yeah” kata emma yang turut mengutip kertas-kertas itu. Mereka serentak berdiri. “Let me help you bring this.” Kata izz dengan muka yang manis. Izz memang dianugerahkan dengan wajah yang agak tampan.
“ah..okay.” kata emma. Baiknya mamat ni.
“Anyway saya farez izzkandar. You can call me farez.” Kata izz bangga. Maklumlah orang dah Berjaya bercakap dengan emma.

“I know.” Jawab emma pendek. Bertambah tambah kembang si izz. Dia stalk aku ke apa?
“You know?” izz menyoal kembali. “Yeah…you are the most mysterious guy in the campus. Plus, you famous jugak lah dalam kalangan girls.”

big smile from me ^___^

Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon