Saturday 27 April 2013

MISTERI SURAH ALFATIHAH

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air d
an minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA

big smile from me ^___^

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)
Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).

big smile from me ^___^

Sunday 14 April 2013

CARA BERJALAN

CARA MUSLIMAH BERJALAN YANG TERBAIK (3T)
  1. Tegas dan tidak berlenggang lenggok
  2. tangkas :merpecepatkan perjalan dalam langkah yang sederhana
  3. tenang : tidak tergopoh2 atau terburu2
Aisyah r.a meriwayatkan bahawa suati ketika seorang wanita dari susku muzainah dtng menghadap Rasulullah s.a.w di dlm masjid. ia memakai pakaian gaya terbaru & berjalan berlenggok2, Rasulullah bersabda kpd majlis " wahai manusia , hentikanlah kaum wanita mu drpd memakai pakaian gaya terbaru& berjalan lenggang lenggok kerana bani israil telah dilaknat krn kaum wanita mereka menghiasi diri dan datang ke masjid sambil berjalan lenggang lenggok..."


big smile from me ^___^

Saturday 13 April 2013

KETAWA YANG BERLEBIHAN

Ketawa Rasulullah tidak melewati batas senyum yang menarik. senyum Rasulullah S.A.W itu sendiri berperingkat-peringkat, peringkat yang paling tinggi ialah baginda tersenyum sehingga kelihatan gigi gerahamnya.

menurut Imam Hassan Al-Banna, ketawa yang hukumnya harus ialah ketawa yang sedikit dan beradab (ketawa adalah fitrah yang x boleh dihalang ), manakala ketawa yang haram ialah ketawa yang berlebihan krn ia merupakan perbuatan sia-sia dan melalaikan hati.

Rasulullah S.A.W bersabda : "banyak ketawa mematikan hati dan menghilangkan kehebatan org mukmin "

Rasulullah S.A.W telah melihat suatu kaum yang ketawa berlebih lebihan , lantas baginda bersabda : " kalaulah kamu tahu apa yg aku ketahui nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa"

TAHUKAH ANDA??

Plato dan anistotle bependapat bahawa ketawa boleh mendatangkan kesan yg buruk serta merbahaya... oleh itu plato berharap agar pementasan2 hiburan yg tidak bermutu hanya disaksikan oleh golongan hamba abdi dan org upahan asing manakala golongan berkedudukan mulia dan para belia dilarang daripada menonton hiburan2 yang boleh membangkitkan ketawa demi mencegah penularan sifat2 buruk dlm diri mereka..
big smile from me ^___^

ME N FREIND (#1)

Assalamualaikum.... <3
hai.. malam nie ana nak crita pasal kawan2 ana... ada sorang kwn nie.. dia banyak sangat meninggalkan memori pahit n manis dgn ana. ana knal dia masa umur 5 thn...masa tu ana tringin sangat nak pergi mengaji ikut kakak n abang...last2 mak ana bagi....ana sronok sangat haritu....kat rumah kwn ana tu ana jumpa ramai kawan ..pastu ana org last yg mngaji kat ustazah....tengok2 ana mngaji sebelah dia...page by page ana baca tengok2 page ana sama ngan page yg dia baca... masa tu dia ckp kat mak dya(ustazah) yang dia dah x mau baca dah n then ustazah ti ckp.. "cepat baca... tu tengok tu..aisyah dah nak habis dah cepat! " pastu dia pun baca.... sejak haritu kami slalu lawan sapa paling awal khatam iqra...sweet sangat pertemuan kami smpai klau nak baca iqra pon mesti nak kena duduk sbelah dia...kami sampai gelak2....mesti anta n anti nak tau sangat kan nama dia.... :)  nama dia Nur Afifah Najwa... ana n kenkawan lain panggl dia che pah... kami masih berkawan sampai skarang....dia pon skolah irsyad jgak... Che Pah!!!~ jangan marah norh aq buat crita pasai hang pastu buh gambaq hang ... hehe
the next person is...... Siti Nur Syaheerah..... nickname dya banyak.... tapi ana ngan che pah panggil dya sherah ja...ana kenai sherah masa darjah dua... masa tu terus terangla...ana x suka ngan prangai dya... tapi skarang dah ok,ana jadi bestfreind dya masa darjah 4... sherah mntx nak jadi bff sbb che pah pow bff dya masa tu.. so ana trima sajalah..... walaupun ana tahu ana x suka kat dya dulu2 tapi ana tau yang ana ngan che pah boleh ubah dya.... akhirnya kami berjaya...sherah pon irshad jgak... dya pon tinggal di asrama jugak..tapi kami dua org x tinggal dlm satu dorm.....pernah la beberapa hari slepas ana masuk asrama~ ana dah buat dia kecik hati.. ana sedih sangat sbb dia mrajuk ngan ana sangat lama...akhirnya dia memaafkan ana...sejak tu ana berazam untk berubah....
yang ketiga nie lain sket critanya... ana kenal dya masa darjah satu....masa tu ana slalu kena buli dengan budak lelaki... tapi dia la yg protect ana sbb dya tu ketua darjah... dia perempuan pon boleh jadi ketua darjah kan,...this is call women power...hehhee dia ni panas baran sket.. ana n kwn2 ana slalu nasihatkan dya...dya bdax paling pandai kat skolah dari darja satu smpai darjah 6... hebat kan dya... skarang nie dya kat sbp... klau x dya irshad jugak... tapi dya p sbp apa ntah ana x ingat...masa darjah 6 dialah ketua pengawas... ana anggap dya bestfrens ana..tapi ana x tau dia anggap ana ni bestfren dia ke tak... pernah suatu hari ana crita pasai sweet memory kami masa darjah satu... dia kata dia x ingat pon pasai tu pastu dia ckp " aisyah! hang ingat lagi crita tu? waaa hang nie hebat la... hang la best fren aq yg tau kisah lampau aq ! "
masa tu ana tersenyum dan hati ana rasa berbunga2.... OWH!! lupa nak habaq nama dya... nama dia Nurul Najwa.. ana n kenkawan panggil dia cik wa... 

yang nie masa darjah 6


kpd kwn2 len yg mmbaca... nnti ana post hampa punya ye...jgn mrajok pulak nnti...ana dah x larat nak tulis dah nie
big smile from me ^___^

KISAH NABI AYUB

Nabi Ayub adalah anak kepada Is. Is pula merupakan anak kepada Nabi Ishak. Baginda memiliki banyak haiwan ternakan dan ladang tanaman yang luas. Kehidupan Nabi Ayub sangat bahagia dan baginda dikurniakan anak-anak yang sangat dikasihinya.

Pada suatu hari Allah telah menguji baginda. Harta bendanya habis musnah dan semua anaknya mati. Kemudian seluruh badan baginda pula ditimpa penyakit. Hanya lidah dan hatinya sahaja yang masih baik. Baginda sentiasa mengingati Allah s.w.t dengan lidah dan hatinya.

Akhirnya Nabi Ayub tinggal keseorangan di satu daerah dinegerinya. Tidak ada seorang pun yang bersimpati dengan keadaannya. Nabi Ayub mempunyai seorang isteri yang setia mengurus keperluannya dalam keadaan sakit itu. Tetapi lama-kelamaan kemiskinan hidup telah menyebabkan isterinya mula berasa tertekan. Akhirnya isteri Nabi Ayub juga meninggalkan sendirian dalam keadaan derita dan sakit.

Nabi Ayub tetap bersabar dan berserah kepada Allah s.w.t. Lidahnya terus berzikir dan hatinya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat pemberianNya. Nabi Ayub tidak sekali-kali mengeluh dan tidak merungut walaupun baginda sakit bertahun-tahun lamanya.

Allah s.w.t telah menetapkan tempoh percubaan dan ujian terhadap Nabi Ayub. Allah s.w.t menghendaki supaya Nabi Ayub reda dengan ketentuanNya dan mencapai darjat yang tinggi disisiNya.

Akhirnya Allah s.w.t memulihkan kesihatan Nabi Ayub dan mengembalikan segala harta bendanya yang telah musnah. Allah s.w.t juga memberkati doa dan usahanya. Allah s.w.t memberikan hasil yang berlipat ganda sebagai balasan terhadap segala kesabaran Nabi Ayub.


big smile from me ^___^

GHADDUL BASOR

Ghaddul basor nie menjaga pandangan mata drpd melihat benda yg melalaikan ..

Rasulullah S.A.W bersabda : " ada 3 golongan yang matanya diharamkan dari api neraka ; mata yg sentiasa sibuk mengawal musuh selama jihad fi sabilillah mata yang menangis krna takutkan Allah mata yng menahan diri drpd melihat kpd sesuatu yg diharamkan Allah"
...................................................................................................................................................................
Saidatina fatimah r.a :
"yang lebih baik bagi wanita ialah tidak melihat lelaki dan tidak dilihat lelaki"
...................................................................................................................................................................
Buraidah r.a meriwayatkan:
"bahawa Rasulullah S.A.W bersabda kpd Ali r.a : "pandangan pertama tanpa sengaja diperbolehkan tetapi pada pandangan kedua adalah haram"
...................................................................................................................................................................
Katakanlah kpd wanita2 beriman agar mereka menundukkan pandangan merekan dan menjaga kemaluan mereka..   (An-Nur : 31)
...................................................................................................................................................................
Dari Abdullah b Mas'ud 
Rasulullah S.A.W bersabda : " pandangan itu satu dari panah2 iblis yang beracun "
    (H.R. Al-Hakim & At -Tabarani)
..............................................................................................................................................................
 hendaklah kamu menahan pandangan kamu dan menjaga kehormatan kamu atau Allah menelangkupkan mata kamu.
              (H.R At-Tabarani)

big smile from me ^___^

SUARA TINGGI DAN RENDAH

~ Iman Hassan Al-Banna melarang mengangkat suara tanpa keperluan berbuat demikia kerana ia merupakan suatu bentuk kejahilan & kebodohan . Ia tidak membawa sebarang nadijah yang baik malah menyakitkan pendengar & mengganggunya dengan suatu yang tidak digenari.
~ Perbuatan mengangkat suara boleh menggugurkan amal soleh sekalipun amal itu besar .begitu juga merendahkan suara & memperlahankannya boleh membawa keampunan dosa sekalipun dosa itu banyak.
~Firman Allah S.W.T . :
"hai org2 yang beriman , janganlah kamu meninggikan suara kamu lebih daripada suara nabi..." (Al-Hujrat : 2)
~ Luqman Al- Hakim telah menasihatkan anaknya agar merendahkan suara yakni tidak menjerit2 kerana ia merupakan perilaku yang memlukan , menghilangkan kehormatan seseorang & layak disifatkan sebagai kejahatan serta melewati batas.  
"lunakkanlah suaramu. sesungguhnya seburuk2 suara ialah suara keldai."
 (luqman " 12)   

TAHUKAH ANDA??
  Meninggikan suara adalah adat JAHILIYYAH. mereka menganggapnya sebaga drpd tanda2 kemulian dan kedudukan yang tinggi ..
orang yang bersuara tinggi lantang kata2 dan bersin dengan kuat merupakan golongan bangsawan dalam kalangan  mereka manakala mereka yang bersuara rendah pula adalah org yang paling hina (dalam golongan jahiliyyah)



big smile from me ^___^

berhijab dengan cara yang betul ^.^

#1 SINKAT ATAU LABUH?
Tudung singkat tidak sah kerana telah mendedah kan dada pada bahagian depan dan juga belakang. tudung yang dipakai perlu labuh sehingga menutupi keseluruhan dada pada pada bahagian hadapan & belakang. sebaik-baiknya bahagian tepi juga perlu dilabuhkan sehingga ke paras bawah dada untk mengelak massalah terselak ketika melakukan pergerakkan dan berupaya melindung KETIBAS! (ketiak basah .. hehe )

#2 KETAT ATAU LONGGAR?

Tudung x boleh ketat sehingga menampakkan bentuk dan lekuk anggota. selain darpda menutup rambut, tudung juga berfungsi untuk menghijab bahagian2 anggota dari dada sehingga atas..

#3 JARANG ATAU TELAP?

Meskipun tudung labuh dan longgar, kain yg jarang masih mendedahkan anak tudung, telinga , leher dan dada. untk memastikan samaada tudung anti benar2 telap, cuba berdiri di bawah sinaran lampu dan lihat pada cermin sama ada anda dapat melihat leher anda atau tidak. jika ya, sila tukar tudung lain..

#4 TIDAK MENYERUPAI AGAMA LAIN!!
tudung mestilah tidak menyerupai agama lain seperti sister agama kristian.. 

Rasulullah S.A.W bersabda : "barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan itu " (H.R. Abu Daud ) 

big smile from me ^___^

RUNNINGMAN

Assalamualaikum...
hai ana nak tanya... anta n anti tengok x crita runningman...? mesti tengok kan!! ana suka sangat klau balik asrama ja.. ana download episod2 baru... ana paling suka monday couple ngan easy brother tu...hah comel smua.. ana ingat lagi tredmark easy brother "feel , chok , cross " hahaha mmeng lawak. ana suka tengok rancangan lawak sebab menenang kan minda... namun zikir dan al quran lebih menenangkan..ana x lupa smua tu.... dalam runningman setiap org mesti ada nickname yg lawak...walaupon ana tinggal di asrama...stiap kali ana outing atau balik ana pasti download.... go runningman... x silap ana.. runningman ada datang klcc.. whoaa ana jeles.. hehehe ini saja untk hari nie... wasalam. <3

muka haha yg cute mcm pororo little penguine
 monday couple



big smile from me ^___^

KISAH TUDUNG LABUH




“Awak ambik kos pendidikan Islam...??”

“tak…”


“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”


“Tak juga, saya kos economics n management sciences la…”

“saya ingatkan ustazah tadi…”

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz.. ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!! Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya : "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai… Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah. sekian..................... ;D

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...

*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT... Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin

big smile from me ^___^

Friday 12 April 2013

assalamualaikum...
hi, nama saya siti aisyah
bersekolah di smka al irshad,
umur? jgn tanya kay!!
saya buat blog ini untuk menulis isi hati...ermm macam online diari gitu...
selain itu saya juga akan post benda2 yg bermanfaat....  insyaallah
big smile from me ^___^

Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon