1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air d an minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman
3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental
4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca
sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan
5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di
langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka
berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu
SUKA DIINGATKAN:
BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN
JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA
big smile from me ^___^
Sebaik-baiknya
solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak
kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi
keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang
mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya
olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang
dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah
(malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat
Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat
Allah.” (HR At-Tabrani)
Rasulullah SAW juga bersabda
dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak
Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada
permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu
sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).
big smile from me ^___^
CARA MUSLIMAH BERJALAN YANG TERBAIK (3T)
- Tegas dan tidak berlenggang lenggok
- tangkas :merpecepatkan perjalan dalam langkah yang sederhana
- tenang : tidak tergopoh2 atau terburu2
Aisyah r.a meriwayatkan bahawa suati ketika seorang wanita dari susku muzainah dtng menghadap Rasulullah s.a.w di dlm masjid. ia memakai pakaian gaya terbaru & berjalan berlenggok2, Rasulullah bersabda kpd majlis " wahai manusia , hentikanlah kaum wanita mu drpd memakai pakaian gaya terbaru& berjalan lenggang lenggok kerana bani israil telah dilaknat krn kaum wanita mereka menghiasi diri dan datang ke masjid sambil berjalan lenggang lenggok..."
big smile from me ^___^
Ketawa Rasulullah tidak melewati batas senyum yang menarik. senyum Rasulullah S.A.W itu sendiri berperingkat-peringkat, peringkat yang paling tinggi ialah baginda tersenyum sehingga kelihatan gigi gerahamnya.
menurut Imam Hassan Al-Banna, ketawa yang hukumnya harus ialah ketawa yang sedikit dan beradab (ketawa adalah fitrah yang x boleh dihalang ), manakala ketawa yang haram ialah ketawa yang berlebihan krn ia merupakan perbuatan sia-sia dan melalaikan hati.
Rasulullah S.A.W bersabda : "banyak ketawa mematikan hati dan menghilangkan kehebatan org mukmin "
Rasulullah S.A.W telah melihat suatu kaum yang ketawa berlebih lebihan , lantas baginda bersabda : " kalaulah kamu tahu apa yg aku ketahui nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa"
TAHUKAH ANDA??
Plato dan anistotle bependapat bahawa ketawa boleh mendatangkan kesan yg buruk serta merbahaya... oleh itu plato berharap agar pementasan2 hiburan yg tidak bermutu hanya disaksikan oleh golongan hamba abdi dan org upahan asing manakala golongan berkedudukan mulia dan para belia dilarang daripada menonton hiburan2 yang boleh membangkitkan ketawa demi mencegah penularan sifat2 buruk dlm diri mereka..
big smile from me ^___^
Assalamualaikum.... <3
hai.. malam nie ana nak crita pasal kawan2 ana... ada sorang kwn nie.. dia banyak sangat meninggalkan memori pahit n manis dgn ana. ana knal dia masa umur 5 thn...masa tu ana tringin sangat nak pergi mengaji ikut kakak n abang...last2 mak ana bagi....ana sronok sangat haritu....kat rumah kwn ana tu ana jumpa ramai kawan ..pastu ana org last yg mngaji kat ustazah....tengok2 ana mngaji sebelah dia...page by page ana baca tengok2 page ana sama ngan page yg dia baca... masa tu dia ckp kat mak dya(ustazah) yang dia dah x mau baca dah n then ustazah ti ckp.. "cepat baca... tu tengok tu..aisyah dah nak habis dah cepat! " pastu dia pun baca.... sejak haritu kami slalu lawan sapa paling awal khatam iqra...sweet sangat pertemuan kami smpai klau nak baca iqra pon mesti nak kena duduk sbelah dia...kami sampai gelak2....mesti anta n anti nak tau sangat kan nama dia.... :) nama dia Nur Afifah Najwa... ana n kenkawan lain panggl dia che pah... kami masih berkawan sampai skarang....dia pon skolah irsyad jgak... Che Pah!!!~ jangan marah norh aq buat crita pasai hang pastu buh gambaq hang ... hehe
the next person is...... Siti Nur Syaheerah..... nickname dya banyak.... tapi ana ngan che pah panggil dya sherah ja...ana kenai sherah masa darjah dua... masa tu terus terangla...ana x suka ngan prangai dya... tapi skarang dah ok,ana jadi bestfreind dya masa darjah 4... sherah mntx nak jadi bff sbb che pah pow bff dya masa tu.. so ana trima sajalah..... walaupun ana tahu ana x suka kat dya dulu2 tapi ana tau yang ana ngan che pah boleh ubah dya.... akhirnya kami berjaya...sherah pon irshad jgak... dya pon tinggal di asrama jugak..tapi kami dua org x tinggal dlm satu dorm.....pernah la beberapa hari slepas ana masuk asrama~ ana dah buat dia kecik hati.. ana sedih sangat sbb dia mrajuk ngan ana sangat lama...akhirnya dia memaafkan ana...sejak tu ana berazam untk berubah....
yang ketiga nie lain sket critanya... ana kenal dya masa darjah satu....masa tu ana slalu kena buli dengan budak lelaki... tapi dia la yg protect ana sbb dya tu ketua darjah... dia perempuan pon boleh jadi ketua darjah kan,...this is call women power...hehhee dia ni panas baran sket.. ana n kwn2 ana slalu nasihatkan dya...dya bdax paling pandai kat skolah dari darja satu smpai darjah 6... hebat kan dya... skarang nie dya kat sbp... klau x dya irshad jugak... tapi dya p sbp apa ntah ana x ingat...masa darjah 6 dialah ketua pengawas... ana anggap dya bestfrens ana..tapi ana x tau dia anggap ana ni bestfren dia ke tak... pernah suatu hari ana crita pasai sweet memory kami masa darjah satu... dia kata dia x ingat pon pasai tu pastu dia ckp " aisyah! hang ingat lagi crita tu? waaa hang nie hebat la... hang la best fren aq yg tau kisah lampau aq ! "
masa tu ana tersenyum dan hati ana rasa berbunga2.... OWH!! lupa nak habaq nama dya... nama dia Nurul Najwa.. ana n kenkawan panggil dia cik wa...
yang nie masa darjah 6
kpd kwn2 len yg mmbaca... nnti ana post hampa punya ye...jgn mrajok pulak nnti...ana dah x larat nak tulis dah nie
big smile from me ^___^
Nabi
Ayub adalah anak kepada Is. Is pula merupakan anak kepada Nabi Ishak.
Baginda memiliki banyak haiwan ternakan dan ladang tanaman yang luas.
Kehidupan Nabi Ayub sangat bahagia dan baginda dikurniakan anak-anak
yang sangat dikasihinya.
Pada suatu hari Allah telah menguji
baginda. Harta bendanya habis musnah dan semua anaknya mati. Kemudian
seluruh badan baginda pula ditimpa penyakit. Hanya lidah dan hatinya
sahaja yang masih baik. Baginda sentiasa mengingati Allah s.w.t dengan
lidah dan hatinya.
Akhirnya
Nabi Ayub tinggal keseorangan di satu daerah dinegerinya. Tidak ada
seorang pun yang bersimpati dengan keadaannya. Nabi Ayub mempunyai
seorang isteri yang setia mengurus keperluannya dalam keadaan sakit itu.
Tetapi lama-kelamaan kemiskinan hidup telah menyebabkan isterinya mula
berasa tertekan. Akhirnya isteri Nabi Ayub juga meninggalkan sendirian
dalam keadaan derita dan sakit.
Nabi Ayub tetap bersabar dan
berserah kepada Allah s.w.t. Lidahnya terus berzikir dan hatinya
sentiasa bersyukur dengan segala nikmat pemberianNya. Nabi Ayub tidak
sekali-kali mengeluh dan tidak merungut walaupun baginda sakit
bertahun-tahun lamanya.
Allah s.w.t telah menetapkan tempoh
percubaan dan ujian terhadap Nabi Ayub. Allah s.w.t menghendaki supaya
Nabi Ayub reda dengan ketentuanNya dan mencapai darjat yang tinggi
disisiNya.
Akhirnya Allah s.w.t memulihkan kesihatan Nabi Ayub
dan mengembalikan segala harta bendanya yang telah musnah. Allah s.w.t
juga memberkati doa dan usahanya. Allah s.w.t memberikan hasil yang
berlipat ganda sebagai balasan terhadap segala kesabaran Nabi Ayub.
big smile from me ^___^
Ghaddul basor nie menjaga pandangan mata drpd melihat benda yg melalaikan ..
Rasulullah S.A.W bersabda : " ada 3 golongan yang matanya diharamkan dari api neraka ; mata yg sentiasa sibuk mengawal musuh selama jihad fi sabilillah mata yang menangis krna takutkan Allah mata yng menahan diri drpd melihat kpd sesuatu yg diharamkan Allah"
...................................................................................................................................................................
Saidatina fatimah r.a :
"yang lebih baik bagi wanita ialah tidak melihat lelaki dan tidak dilihat lelaki"
...................................................................................................................................................................
Buraidah r.a meriwayatkan:
"bahawa Rasulullah S.A.W bersabda kpd Ali r.a : "pandangan pertama tanpa sengaja diperbolehkan tetapi pada pandangan kedua adalah haram"
...................................................................................................................................................................
Katakanlah kpd wanita2 beriman agar mereka menundukkan pandangan merekan dan menjaga kemaluan mereka.. (An-Nur : 31)
...................................................................................................................................................................
Dari Abdullah b Mas'ud
Rasulullah S.A.W bersabda : " pandangan itu satu dari panah2 iblis yang beracun "
(H.R. Al-Hakim & At -Tabarani)
..............................................................................................................................................................
hendaklah kamu menahan pandangan kamu dan menjaga kehormatan kamu atau Allah menelangkupkan mata kamu.
(H.R At-Tabarani)
big smile from me ^___^